Sabtu, 3 Disember 2011

Panasss..Menteri nii Tanya,"Lu Mahu Berapa..??" Kata Bob Lokman

Bob Lokman kata pernah 2 orang menteri hubungi beliau.Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau.Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?".

Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau.Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam.Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.

Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.

Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!

Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.

Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?

"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah.Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.

15 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    wak mohon sama karatijau tolong masukan blog wak;
    http://wak-labu.blogspot.com/ dalam senarai blog list anda.

    Terima kasih - sama2 kita berjuang hingga menemui kejayaan!

    BalasPadam
  2. bob nak buat fitnah la tu, bob ni pon bukan nya pengerusi mana2 kelab pon. mana ada aorang nk bagi duit. nak menipu jek. nak becakap refer dengan seksyen 60 akta keterangan, baru manusia boleh percaya kat fakta lisan ni.

    BalasPadam
  3. Pejuang tidak takut pada makluh malah lagi disekat disitu Ada omnya kami doa semua pejuang Islam teruss berjuang sehigga ketitisan darah yg terakhir baru lah dapat syahid ....... takbir Allah Uakbar...

    BalasPadam
  4. Bob tak boleh caya sebab dia masuk Pas.yang boleh caya Shahrizat dan Khir Toyo,si hantu raya sorang 24 juta ,sorang 250 juta itu yang nampak baik!!!Memang bodoh macam lembu lah Umno ni.

    BalasPadam
  5. setelah menjadi penganut PAS berbohong, memfitnah dan menyalahkan orang lain tu sudah jadi tak berdosa lagi atas alasan perjuangan!
    Siapa menteri2 tu....? tunjukkan kebenaran dan jangan asyik berbohong saja ye!

    BalasPadam
  6. Berdasarkan kajian oleh panel pemikir yang diarahkan PAS Pusat, sebanyak 56.1 peratus setuju DAP cuba menghakis Ketuanan Melayu serta DAP merupakan parti cauvinis.

    hahahahaaaa....

    Ini hasil kajian dari puak pakatan sendiri..

    Dari kajian tersebut juga, sebanyak 54.2 peratus bersetuju Umno membela hak dan ketuanan Islam, serta 54.1 peratus bersetuju Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) berjaya memulihkan kembali sokongan rakyat yang terhakis dahulu .

    Haah ! Puak pakatan baca baik-baik,

    Hasil kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kendalian Prof Datuk Dr Syed Arabi Syed Abdullah Idid pula menunjukkan rakyat Malaysia kembali yakin dengan prestasi BN masa kini.


    Pada 2011, 86 peratus yakin Malaysia diurus dengan baik oleh BN. Pada 2010, 77 peratus saja menaruh keyakinan pada penterjemahan program (Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi, Politik), tetapi tahun ini angka meningkat sebanyak 82 peratus.

    Malah, penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia telah diterima baik oleh rakyat Malaysia, iaitu sebanyak 85 peratus pada tahun ini berbanding 75 peratus pada tahun lepas .

    Berdasarkan keputusan kajian terbabit, potensi Umno dan BN untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang amat besar.

    Pakatan wajib cemas dengan hasil kajian ini.

    HIDUP BN !!

    HIDUP UMNO !!

    BalasPadam
  7. Alhamdullillah... pendokong Umno pembela agama, bangsa dan negara. harapan semoga pendokong Umno dapat hapuskan pengamal rasuah dalam Umno.. harapan semoga pendokong Umno betul2 ikhlas dan jangan pula cakap tak serupa bikin.. di depan tunjuk alim/warak tetapi kat belakang buat maksiat dan salahguna kuasa...

    BalasPadam
  8. bagi aku semua org yg berparti menpunyai angan2 utk menang beranganlah hingga berjaya

    BalasPadam
  9. pencacai umno nerapa ko kena bayar

    BalasPadam
  10. Kajian tu Puak2 Umno yang buat kata Pas buat,nak bagi orang percaya la tu,Mahathir kata golongan muda semakin menjauhi Umno kerana pimpinannya rasuah dan busuk hingga ke usus.

    BalasPadam
  11. Mahathir cakap tu masa 2009,..la ni dah 2011 !!
    Sokongan kepada Umno dah jauh meningkat.

    BalasPadam
  12. Berpijaklah dibumi nyata Rakab!!

    BalasPadam