Ahad, 25 Disember 2011

Seperti Negara Mafia...Pegawai Kastam Di Tembak Mati...

Pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKRM) negeri Melaka yang ditembak di hadapan rumahnya di Jalan Sungai Air Hitam, Taman Tanjung Minyak di Melaka kelmarin telah menjalani dua pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Rosli Aziz, 53, yang dibawa ke HKL kira-kira 7.30 malam kelmarin menjalani pembedahan di bahu kiri dan tapak tangan.

Beliau cedera di bahu kiri serta kedua-dua belah tapak tangan selepas terkena empat daripada lima tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki kira-kira pukul 7.20 pagi.

Difahamkan Rosli tidak sempat mempertahankan dirinya ekoran tindakan kumpulan tersebut yang menembak kedua-dua belah tangannya apabila mangsa cuba melepaskan tembakan.

Timbalan Ketua Pengarah JKRM, (Penguatkuasaan & Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili yang ditemui pemberita ketika melawat mangsa di HKL hari ini, berkata, kes tembakan tersebut merupakan yang pertama bagi agensi berkenaan tahun ini yang biasanya para anggotanya menerima ancaman berbentuk ugutan.

"Ini antara halangan serta cabaran anggota JKRM terutama di bahagian penguatkuasaan,” katanya. -

1 ulasan:

  1. Bangun lah wahai pegawai pegawai kastam jgn gentar ,,, hapus kan semua pemyelupan.. jgn menerima rasuah ,, tegas bila betugas ,, JGN TAKUT dan JGN JUAL MARUAH BANGSA MALAYSIA

    BalasPadam