Sabtu, 24 Disember 2011

Siapa Polis "Barua" Lebih Sudu Dari Kuah Nii..???

Aktivis Pelajar yang dipercayai menurunkan kain rentang wajah Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi tempoh hari tampil membuat laporan polis atas insiden kecaman ditumbuk dan ugutan yang diterimanya daripada seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Adam Adli, 22, telah menerima ancaman ditumbuk oleh seorang anggota polis bernama Roslan Mokhtar ketika membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini, Adam menyatakan polis berkenaan cuba menumbuknya di hadapan anggota polis yang lain tanpa dihalang mereka.

“Jadi keterangan hari ini diambil berdasarkan insiden tersebut dan kita akan lihat sama ada anggota polis yang terlibat ini akan ambil tindakan kerana ia begitu jelas bahawa terdapat ugutan dari pihak polis,” kata peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar.

Menurut peguam daripada “Lawyer for Liberty” ini lagi, demonstrasi yang dilakukan kumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu tiada sebarang jenayah dilakukan, sebaliknya ini hanyalah satu pelanggaran norma masyarakat yang diterima masyarakat antarabangsa.

“Oleh itu, tindakan kecaman daripada kerajaan dan pihak berkuasa ini harus dihentikan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Adam menjelaskan, isu menurunkan kain rentang itu hanyalah isu yang diputarkan oleh pihak yang takut terhadap gerakan mahasiswa.

“Isu menurunkan bendera itu hanya mainan pihak yang takut dengan gerakan mahasiswa, sama dengan fitnah yang dibuat oleh Utusan Malaysia di dalam portalnya.

“SMM dengan ini menuntut Naib Ketua Umno Kepala Batas, Reezal Merican memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas pengeluaran artikel fitnah dalam Utusan Malaysia bertarikh 21 Disember yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri.

“SMM menegaskan, bendera Datuk Seri Najib hanya diturunkan dalam lima minit dan kemudiannya dinaikkan semula, tiada insiden bendera tersebut dipijak,” katanya lagi.

Menurut Adam, sekiranya Reezal tidak mengeluarkan kenyataan maaf berkenaan, mahasiswa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.



7 ulasan:

  1. BARUA MAMAK REEEEZAAAAL PANDI KUTTY JAGUH MELAYU HAHAHA ! MANA PEMIMPIM MELAYU UMNGOK AA ? SEGALA MAMAK TONGKANG PEDUKANG JADI KETUA ATAU MEMIMPIN PARTI PERKAUMAN TERSOHOR MELAYU ! TADAK ORANG MELAYU KA ATAU MEMANG MELAYU DALAM UMNO-BN NI DARI JENIS FEED LOT ?

    BalasPadam
  2. umno mamak, mamak umno.....hidup mamak mampuslah melayu jadinya

    BalasPadam
  3. Bukit Jelutong S.A tau lah adik beradik ni semua kaki pusing.....!

    BalasPadam
  4. Babi tul Umno ini..Bagi taik ngan kencing gambar pemimpin PR tak kurang ajar pulak..turun bendera kurang ajar,Inilah parti palingh celaka yg aku takakan sertai sampai aku mati!

    BalasPadam
  5. macam sial je.... sampai matipun aku benci parti UMNO ni

    BalasPadam
  6. indon pijak dan najiskan bendera malaysia x kecoh pulak...

    BalasPadam
  7. sampai mati benci UMNO ye, kau jangan lupe sampai la ni pon Malaysia ditakbir oleh umno ,tak terasa maluke kau hidup membesar sekolah kerja semuanya dalam lingkungan pentabiran UMNO.sekarang kau membenci UMNO, patutke, tak terfikirke kepala hotak kau, atau kau memang hanjing yang tersepit,akhir kata kepala butuhla mat.

    BalasPadam