Khamis, 19 Januari 2012

Duit "HARAM"..Umno Tak Akan Selamat...

Pulau Pinang minggu lepas telah mengisytiharkan jumlah harta exco-exco mereka kepada umum...
sehinggakan didapati ada exco Pulau Pinang yang tinggal dirumah sewa seperti kebanyakan rumah rakyat negara ini....

Pengisytiharan tersebut dilakukan tanpa ada masalah dan tanpa ada rasa takut,kerana exco negeri Pulau Pinang semuanya tak ada harta-harta yang melebihi dari kemampuan pendapatan mereka...

Namun,bila dicadangkan pengisytiharaan harta diwajibkan ke atas menteri-menteri negara ini...

Dah ada bunyi mengatakan bahawa perkara seperti itu membahayakan menteri-menteri yang mengisytiharkan harta...
individu yang merasakan perkara itu membahayakan diri mereka adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Nazri Abdul Aziz....

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajibkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

2 ulasan:

  1. harta nak bawa ke kubur

    BalasPadam
  2. Inilah dia ketelusan yang dimaksudkan pemimpin umno......poooorrrrahhhhhhh

    BalasPadam