Khamis, 26 Januari 2012

Kena Masuk BN - Aziz Bari

akatan Rakyat (PR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kenyataan Azizan sebelum ini yang katanya "terlepas pandang" sebenarnya bercanggah dengan prinsip Buku Jingga.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan terbuka dan bertentangan dengan prinsip parti.

“Jika beliau itu pro-Auku, kena masuk Barisan Nasionallah,” kata beliau pada pada sidang media selepas Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?" anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

8 ulasan:

  1. Aku setuju dgn G3A kalau macamnilah gayanya, biarlah UMNO saya yang disokong supaya menang dan mereka boleh teruskan lakukan apa saja mereka nak terhadap malaysia. Pembangkang asyik tikam hang aku saja.

    BalasPadam
  2. aku la manusia plg pandai dlm mesia. semua org kena diambil tindakan, kecuali aku sorang. seblum uia ambik tindakan aku brenti

    BalasPadam
  3. saya agak terkejut dengan komen prof. macam tak percaya. Komen MSO rasanya agak baik diteliti. terima kasih

    BalasPadam
  4. Aziz Bari baru setahun jagung dalam politik dah pandai nak buka ruang kebosanan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Belajarlah dulu selok belok dalam politik kepartian. Kalau bersikap seperti orang UMNO, lebih baik rakyat terus memilih UMNO saja.

    BalasPadam
  5. prof tlg jgn main cakap jer sbb skrg ni prof dah kuar dari kepompong ahli akademik...kalu nak ckp kena byk fikir dulu, kalu tidak nanti jadi cam hasan pak ali...........setuju dak apa aku kabo ni?

    BalasPadam
  6. Nampaknya ada beberapa individu yg menangguk di air keruh sebaik nampak jalan terbuka. Kesian orang=orang PAS yg telah dengan mudahnya dimanipulasi oleh puak-puak ni. Tengoklah powernya individu-individu ni. Tapi tanpa olahan dan peranan yg dimainkan oleh bloggers benda-benda macam ni mungkin sekadar angin bertiup dan kemudiannya hilang begitu saja. Orang sebelah sana tentu seronok dengan cerita macam ni. Fokuskanlah kepada yg lebih besar. Jgn dirosakkan dengan keutamaan AUKU. Kata nak ke Puterajaya kan? Fikirlah?

    BalasPadam
  7. aziz bari melukakan hati org kedah,belajar dulu dunia politik,cakap pandang2,jangan ikut sedap mulut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah inikan golongan puak2 gelojoh dalam Pas diantaranya Khalid Samud,Dr Zul, Mahfuz dan lu pilir la sendiri..

      Padam