Rabu, 25 Januari 2012

Kenyataan Soi Lek Ini Menaikkan Lagi "Kemarahan" Puak Umno...

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia, mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada “DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.”

“PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yag akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

“Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintag,” kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider dalam temubual ekslusif minggu lalu.

Dr Chua (gambar) menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.

Dr Chua mengingatkan PAS “hari kemenangan” akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli, menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti itu.

Bekas menteri kesihatan ini berkata PKR berkeyakinan dalam mengetuai barisan pembangkang ke Putrajaya namun ia telah menghadapi masalah dalaman iaitu “pembelot” dari pemimpin penting mereka.

“PKR mungkin satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin dapat menawan Putrajaya, satu-satunya parti yang mendakwa akan menang tetapi mempunyai banyak masalah.

“Ia satu-satunya parti yang mempunyai paling ramai ahli meninggalkan parti, 50 pemimpin utama meninggalkan PKR termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka kecewa dengan PKR,” kata Dr Chua.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR paling ramai di Parlimen dengan 31 orang, berjaya menawan lima negeri dan memperoleh 83 kerusi Parlimen bersama Pakatan Rakyat.

Namun PKR berdepan dengan satu persatu “pembelot” dalam parti itu selepas pilihan raya umum 2008.

Kemudian PKR gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil sebelum enam ahli Parlimen mereka berindak keluar parti dan kini menyebabkan DAP mempunyai jumlah yang paling besar di Parlimen dengan 28 orang.

Untuk mengelakkan kejadian sama berulang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan meletakkan 40 peratus calon baru dengan membariskan profesional dan aktivis.

JuRaGan : tengkiu apek..jadi selama ini Umno bengong kata Pas jadi itu kuda tunggangan DAP tatak butul lah..haiya,apa pasal ini Umno bengong tatak nampak selupa lu nampak bahawa ini Pas manyak kuat OOoooo...Tengkiuu apek porn....


4 ulasan:

  1. Biasa lah gulungan Munafik.,

    Dgn Melayu mereka kata DAP tunggang PAS
    Dgn Cina mereka kata PAS tunggang DAP.,
    yg.lagi satu tak tunggang mana mana lh Kot.,coz tak der pula mereka cakap.,

    Yg.benar nya Melayu di perbodohkan olh AMNO...sejak 50 tahun lalu...

    Ini mereka tak berani sebut.

    Ha!ha!.

    Jgn maree!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. umno mati la.. mca, mic, mmc, mcc n mc'd bakal join PR. haha

      Padam
  2. tanpa nama Jan 25, 2012 06:35., hwah hwah hwah cam mane yang ko boleh termasuk mc'd sekali da... hwah hwah hwah , kurang sikit stress aku pagi ni, orang melayu (spesis yang diperbodohkan oleh umngok) memang tak reti nak gunakan akal, apa je yang pemimpin umngok kata semua diorang terima tanpa usul periksa, patut la 54 tahun dah diorang masih tak sedar lagi diorang terus ditipu

    BalasPadam
  3. Chua soi lek memperkudakan amoi..kah kah kah

    BalasPadam