Selasa, 24 Januari 2012

Kisah Sedihh..Pengorbanan Zizan Kepada Utz Azhar..

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya.

Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus.

Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.


Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas.

Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.


Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor).

Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.


Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat.

Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

8 ulasan:

  1. Diharapkan dan didoakan, pilihan jalan ini berkekalan. Jangan nanti TERPALING PULAK KE BELAKANG. Yang pasti dugaan bakal mendatang LEBIH kuat dan dahsyat. Percayalah. Jangan nanti jadi bahan cemuhan. Zizan juga sedang diperhati oleh Ustaz Fathul Bahri dan geng2nya.
    Sama seperti mencipta rekod, kadang2 kita berjaya mencipta rekod tetapi nak mengekalkannya amat sukar. Harapan saya ZIZAN TIDAK BEGITU....

    BalasPadam
  2. Terharu saya baca dia sanggup menolak tawaran RM18000 dan menerima pelawaan UAI dgn hanya saguhati RM1000. Zizan moga Allah bemberkati dan merahmati anda dalam memperbaiki diri.

    BalasPadam
  3. Keuntungan ikhirat lebih aula dari keuntungan dunia, ingat zizan kita hanya singgah dialam dunia hanya mencari bekalan sebanyak mungkin untuk akhirat, ambil dunia sekadar keperluan hidup bukan sebaliknya, memang amat terasa kerugian nikmat dunia,.....

    BalasPadam
  4. Dan ada para ustaz yg kensel satu jemputan kerana satu jemputan yg lebih lumayan sampulnya...

    BalasPadam
  5. setiap yg beriman akan diuji..ternyata kamu tlh diuji dgn rm 18000 tetapi memili rm 1000. beruntunglah mereka yang tergolong dlm kumpulan yg sedikit....

    BalasPadam
  6. Syabas Zizan.......dalam keadaan penuh glamor tidak lupa akhirat tak mcam yang lain tu hanyut........Dah sakit dan papa baru ingat tuhan....

    BalasPadam
  7. Banyak hala dan liku dalam berjuang bersama usrah dan partai Islam ; anda akan menghadapi pelbagai rintangan kecil besar dan berduri hatta menuntut nyawa anda sendiri. Bersedialah dari segi metal dan fizikal dugaan dan cabaran mendatang. NiaT KERANA aLLAH DAN BERJIHAD UNTUK AGAMA ISLAM DAN aLLAH YANG MAHA MENGTAHUI.

    BalasPadam
  8. memang zizan seorang yang bagus kerana meletakan agama lebih dari tawaran duit yg tinggi.....harap2 klu dah nekad tinggalkan dunia hiburan yg penuh dgn lagha......tingkatkan ilmu agaman sbagai panduan hidup...

    BalasPadam