Ahad, 8 Januari 2012

Melaka Akan Jatuh Kepada PR - Dr Abu Hassan

Penganalisis Politik Malaysia, Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata PR Melaka berada dalam landasan terbaik untuk memenangi banyak kerusi pada PRU 13 nanti. Ini berdasarkan kepada kajian firma yang diketuai beliau iaitu Zentrum Future Studies Malaysia yang dijalankan di Melaka.

"PR dan BN Melaka tidak banyak bezanya dari sokongan rakyat, ia hanya berselisih sedikit sahaja, tiada siapa yang dominan".

"Untuk memastikan kemenangan mutlak PR mesti bekerja kuat, mengatur strategi yang tepat dan mempunyai barisan kepimpinan yang meyakinkan rakyat" tegas beliau.

Abu Hassan berkata demikian pada program Wacana PRU 13 : Menuju Seri Negeri yang dianjurkan oleh PAS Melaka di Ayer Keroh pagi ini.

"Rakyat khususnya golongan muda cenderung untuk menyokong PR dan terpulanglah kepada PR untuk menguruskannya"

"Mereka terdedah kepada media baru, maka sesiapa yang ingin menang mesti menguasai media baru dan ini disedari oleh semua pihak, cuma siapa yang hebat menguruskannya dia menang" ujar Abu Hassan.

2 ulasan:

  1. INSYALLAH DENGAN SEGALA BALA AKTIVITI OLEH MENTERI BENGALI PEROSAK DI MELAKA KEJAYAAN AKAN MENJELMA !

    BalasPadam
  2. Amuria, cuba beri komen yang membina sedikit ,terlalu negatiflah ...itu menggambarkan hati yang tak suci

    BalasPadam