Ahad, 15 Januari 2012

Siapa Menteri Umno "Meracau" Ketakutan nii..??

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang hanyalah pembohongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kenyataan itu tidak benar sama sekali dan tiada bukti menunjukkan ada anggota B Nyang dikesan memberi sokongan kepada pakatan itu.

"Dia berbohong dan saya menafikan kenyataan itu. Jika ada sokongan dari pihak BN, saya minta dia tunjukkan senarai siapa orang BN yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Empat Peringkat Penerangan BN di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang ada pihak dalam BN, termasuk bekas menteri dan menteri, yang menawarkan sokongan untuk menumbangkan BN sekaligus membantu PR menguasai Putrajaya.

Mat Sabu berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah, Sabtu.

Ahmad berkata: "Apa yang diucapkan atau dikatakan oleh Mat Sabu itu tidak boleh diguna pakai. Ia adalah sama seperti mana kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sedangkan Mat Indera itu merupakan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan itu sudah pun terbukti."

JuRagan : Bangang la lu mamat Lan,takkan nak sebut siapa org Umno yang nak bagi sokongan tu..Lu jangan nak ugut beb,ini bukan zaman 70 an,otak biar cair jangan jadi beku!!!Ini zaman langit terbuka,bukan lagi zaman kepala otak tertutup!!

8 ulasan:

  1. engko nak takut apa brader,sbb ahli Umno saja dah ada 3 Juta dan engko kata rakyat dah kembali kepada BN dan Umno Celaka.Lantaklah org nak cakap apa sebab Umno Celaka dah kuat.

    BalasPadam
  2. kalau kes rayuan smua akan trbongkar trmasuk bicara tertutup kah kah rakyat akan tahu semua yang tertutup kah kah ayuh truskan rayuan saiful

    BERITA GEMPAR...TERBARU

    strategi anwar memang jauh sedang menguasai PAS mnggunakan orang kuat dan membeli seramai pemimpin PAS mengikuti arahanya...tujuan akhir adalah mengabungkan Parti PKR dan PAS menjadi satu Parti Baru dengan prinsip islam sekular...ujian awal mereka brjaya bersatu menlenyapkan PRM bila bergabung dengan PKR..pada ahlul bangang PAS melayu memang mudah lupa

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai betul hang buat rumusan,sebijik macam rumusan Yahudi Apco.Ingatlah Umno semakin ditinggalkan kerana masalah integriti pemimpinnya.

      Umnolah sepatutnya kembali kepada Islam.Jangan apabila parti lain hendak jalankan islam kamu pulak menentang,dan sedarlah golongan muda sudah meninggalkan Umno.Hanya tinggal golongan yang ada 2 atau 3 batang gigi sahaja lagi bersama Umno.

      Konsep TG Nik Aziz iaitu Umno Bagi apa pun ambil,tapi undi tetap PR..telah melemaskan Umno.Hidup biarlah berdiri diatas fakta bukannya auta.

      Padam
    2. Otak kamu ni terlalu biul dan hati kamu ini terlalu busuk dan hitam metalik. Sudah-sudah lah membaca blog dan akhbar UMNO sambil makan daging babi panggang, itu sebablah penyakit kronik kamu tu payah nak hilang..... Orang seperti kamu ini pastinya Sehidup dan Semampus dengan UMNO.

      Padam
    3. Sekor lagi penyokong UG.. pi mampus dgn hassan ali le

      Padam
    4. gua xsokong PR..lebih2 lagi UMNO, lg lh gua tak sokong. Tp ape yg gua doakan ialah spy Allah ganti pemimpin yg ada skrg. Byk kezaliman berlaku..esok2 klu pemimpin pggnti tak betul memerintah, kita tukar lak pggnti lain..hingga jumpa pemimpin yg betul2 adil..amin Ya Allah

      Padam
  3. yang penting spesies umno mesti di pupuskan

    BalasPadam
  4. MAt MAslan melenting mungkin dialah orang dalam tu. Macam cerita orang kentut dalam teksi.

    BalasPadam