Isnin, 9 Januari 2012

Perkosa.."Kalau Polis Tak Mampu,Kami Akan Ambil Alih"..kuah3

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, menjelaskan, badan bukan kerajaan (NGO) itu telah mempersiapkan 300 ahlinya untuk persediaan sekiranya pasukan keselamatan tidak mampu mengawal keadaan semasa Perhimpunan 901 esok.

Ibrahim berkata, Perkasa telah mempersiapkan ahlinya itu sejak dua hingga tiga bulan lepas.

“Kami sudah bersedia menghadapi kemungkinan untuk esok, sekiranya pasukan PDRM memerlukan bantuan, kami ada 300 ahli yang sudah bersiap sedia.

“ Perkasa mengambil pendirian tidak akan berada di mahkamah esok, hanya sekiranya PDRM memerlukan bantuan, baru kami akan datang membantu,” katanya lagi.

Namun begitu, Ahli Parlimen Pasir Mas ini mengharapkan tidak akan berlaku sebarang kekacauan dalam perhimpunan yang dirancang untuk pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

“Saya jangkakan jumlah mereka tidak akan menjangkau 100,000 orang. Esok hari bekerja, mungkin kehadiran mereka sekitar lima ke enam ribu sahaja.

“Saya sendiri ada buat pemantauan di setiap ceramah Anwar, jumlah yang di berikan adalah jauh daripada jumlah sebenar,” katanya dan menyifatkan sokongan terhadap Anwar semakin berkurang.

Menurutnya, ahli Perkasa hanya akan berada di kawasan Masjid Wilayah sahaja untuk program Solat Hajat dan Qiamullail bermula malam ini hingga petang esok.

Ibrahim juga berjanji ahlinya tidak akan menimbulkan sebarang huru hara di mahkamah.

“Kami cintakan kedamaian dan keselamatan, kami fokus kepada program kami sahaja,” tambahnya.

8 ulasan:

  1. Hadir dalam tahap ilmu halimunan yang tertinggi.

    Jika diikutkan perhimpunan Perkasa adalah lebih menyalahi undang-undang yang baru digubal kerana mereka membuat perhimpunan di dalam kawasan masjid yang menjadi satu kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan aman.

    BalasPadam
  2. la, begitu pulak nada ibrahim perkosa ni.
    sah, lepas pru13, taulah nasibnya nanti.
    haramjadah punya al-kataki.

    BalasPadam
  3. berhimpun kat kawasan masjid? tak menyalahi undang2 ke? sepatutnya perkasa boleh di dakwa kerana membuat perhimpunan kat kawasan masjid ni.. mana polis? ..

    BalasPadam
  4. Tuan/Puan..

    komen mat katak nie tak yah ambil pot....buang masa je....Bodoh dan sombong tahap gaban dah..hhehehe

    BalasPadam
  5. kesian kat mamat ni....ntah2 apa apa yang dicakapnya...insaflah bro....klau berani tanding je kat p mas nanti..tgk dapat pozet ke tidak..dulu dah hilang....

    BalasPadam
  6. KATAK SEEKOR NI PATUT DIREBUS BAGI MAKAN ANJING AJA.HIDUP PUN BUAT MENYEMAK BUMI ALLAH SAHAJA.YANG DIA TAU HANYA MENYEMAIKAN BENIH PERKAUMAN.KANAK-KANAK TADIKA LEBIH PANDAI HIDUP DALAM HARMONI ANTARA KAUM DARI KATAK SEEKOR NI.

    BalasPadam
  7. katak nie sebenarnya berguna makin kuat dia menONG makin cepat umno hancor

    BalasPadam
  8. Kesian....seorang pahlawan yang dulunya sebaris dengan Anwar Ibrahim kecundang disebabkan terlalu mengikut hawa nafsu.Pada PRU 13 ni...kita kebumikan saja dia.Hidup pun banyak menyusahkan orang.Tok Guru Nik Abdul Aziz pun ditipunya.

    BalasPadam