Khamis, 5 Januari 2012

Zalimm..UPSI Singkir Dua Mahasiswa..

Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) mengecam tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menyingkirkan dua mahasiswa dari kolej kediaman universiti itu, kata Setiausaha Akhbar Aksi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

Aksi menegaskan, penyingkiran Siti Nurul Piteriah Abdul Halim dan Alif Ashraf, bertentangan dengan prosedur kolej dan mencabuli hak mahasiswa.

“Saya difahamkan, selepas himpunan pro kebebasan akademik 1 Januari lepas, Felo Kolej Kediaman datang dan mengarah dua rakan mahasiswa itu keluar dari Kolej dalam masa 24 jam.

“Ini jelas bertentangan dengan prosedur di mana sepatutnya ada notis dengan menyatakan sebab penyingkiran itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, Aksi katanya menyokong penuh kenyataan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan kumpulan mahasiswa lain agar arahan itu ditarik balik serta-merta.

Dalam pada itu beliau turut menyelar kenyataan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mendakwa parti politik cuba memperalat mahasiswa bagi mencetus huru hara dalam negara.

GPMS dalam kenyataannya menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan mendesak Pengerusi Legasi Mahasiswa Perak (LMP), Adam Adli Abdul Halim memohon maaf.

“GPMS kalau betul mewakili mahasiswa harus bersikap adil, mengapa membisu mengenai himpunan Pro-Aspirasi di Putrajaya baru-baru ini?

“Kami difahamkan mahasiswa yang diangkut untuk berhimpun pada hari itu ditipu kerana tidak diberitahu tujuan sebenar himpunan itu kerana hanya pemimpin tertentu Aspirasi sahaja tahu tujuan himpunan itu,” katanya.

Menurutnya, pendirian Aksi bersama SMM jelas iaitu hanya menyokong mana-mana parti yang komited memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan bukan sekadar meminda akta berkenaan.

“Setakat ini, Umno dan Datuk Najib berkeras mahu pinda, manakala Pakatan Rakyat bertekad memansuhkannya jika menang pilihan raya,” kata mahasiswa bidang Pendidikan Islam ini.



3 ulasan:

  1. Puak Aspirasi kata gang yg buat demo di UPSI sebagai "PELAMPAU" DAN dipengaruhi oleh parti politik pembangkang.

    keh 3x

    Paku dulang paku serpih,,,,,
    Dia nak kata orang dia yang lagi lebih.

    Muka tak malu.....

    BalasPadam
  2. tak payah pro aspirasi la terus ckp pro bn je sng, pro mahasiswa trus pro agenda perubahan sng citer pr je.tapi klu uitm takyah percaya sebb mana ada org nak jadi calon pilihanraya. sapa yg hep hantar kursus terus hep letak pro aspirasi sdgkan calon pun taktahu menatang apa.hahaha. kisah aku sebenarnya.

    BalasPadam
  3. padan muka bangang sangat. mahasewel otak kat lutut...keh keh keh

    BalasPadam