Tokoh agama yang juga pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah
menyifatkan, bai’ah Pas adalah bai’ah palsu dan sekiranya dilanggar
tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.
Beliau berkata, ini kerana bai’ah itu hanya bermotifkan politik dan
dilakukan kerana pemimpin Pas takut kehilangan kuasa apabila ada dalam
kalangan wakil rakyat mereka berkemungkinan lompat parti selepas pilihan
raya umum nanti.
Katanya, Pas kini semakin tertekan melihat sokongan rakyat semakin
meningkat kepada UMNO yang dilihat lebih komited dalam menegak dan
mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.
“Mereka membuat bai’ah kerana menganggap mereka betul dan benar.
Bai’ah Pas bai’ah palsu dan kata-kata celaka dunia akhirat sekiranya
melanggar adalah kata-kata kosong, tidak memudaratkan dan tidak perlu
gusar.
“Pas membuat bai’ah kerana mereka tertekan sokongan terhadap UMNO
semakin gagah (kuat) dan Pas takut UMNO menang, maka akan ada wakil
rakyat Pas lompat parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, benar bai’ah dibenarkan dalam
Islam dan para sahabat Rasulullah SAW juga pernah berbai’ah kepada nabi
kerana baginda jelas memperjuangkan kemuliaan agama Islam.
“Apa yang perlu dibuat ialah Pas dan UMNO kena berbai’ah untuk mempertahankan kemuliaan Islam dan orang Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan