Ahad, 26 Februari 2012

Gambar Bilik Air Mangsa Bunuh Bersama MP PAS..

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama masyarakat Trong terkejut dengan tragedi yang menyayat hati apabila seorang pelajar ditemui mati.

Mangsa, Nurul Aien Mohd Saimon,16, disyaki dirogol sebelum dibunuh di kediamannya Kampung Batu 9, Jalan Trong Changkat Jering.

Pelajar SMK Dato' Wan Rasdi itu ditemui mati di dalam bilik air, petang kelmarin.


(Gambar: Nizar meninjau bilik air di mana mangsa disyaki dirogol dan dibunuh.)

Menurut laporan polis, dua suspek telah telah diberkas untuk siasatan lanjut.

Justeru, Nizar bergegas ke rumah mangsa untuk menziarahi jenazah dan keluarganya.

Mantan Menteri Besar itu berkata, kejadian tersebut amat memeranjatkan dan beliau melahirkan rasa dukacita dengan kejadian penuh tragis dan kejam itu.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap dapat bersabar dengan kejadian ini. Saya mendoakan dosa Nurul Ain diampun oleh Allah dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya.

Nizar telah menyampaikan bantuan sedikit bantuan kepada keluarga mangsa. (Gambar kiri.)

Media hari ini melaporkan mayat pelajar tingkatan empat itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.


Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat keja

3 ulasan:

  1. Baginilah jadinya kalau polis asyik dok pi jaga PR buat ceramah saja tempat lain dah tak cukup orang (Polis) untuk nak jaga kesalamatan rakyat ,biaq pilah kat depa nak buat ceramah setakat mana depa larat nak becakap habeh-habeh 3 jam lepas tu orang yang pi dengaq balik dan lupa ,buat apa do pi sebok kat depa , tok sah bimbanmglah orang ramai la nie dah ceredik dak ,tak depa nak begadoh kot ,fikiaqlah sikit rakyatla nie dah berasa tyalk selamat dah walau pun dok dalam rumah sendiri dan dalam negeri sendiri jagalah elok-elok polis oi!!!! kita dibayaqw gaji oleh rakyat yang angkat kerajaan tu tau dak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menteri KDN dan PM sepupu dia kata Malaysia aman,sebab tu ramai org luar dtg melancong,belajar dan berniaga di sini.Tapi yang bengapnya, media depa hari2 melaporkn jenayah di Malaysia.Takpe,sat lgi gaji polis dinaikkan lgi, supaya bleh fokas kepada keje keselamatan negara dan tak amal rasuah,Huh...Tuih.Dasar berok makyeh dpt cincin,membujur lalu melintang pukang punya KDN.

      Padam
  2. Ini lah bahana bila Menteri Dalam Negeri sendiri MENGHALALkan budaya samseng.
    Bila samseng telah dibela dan di jaga, maka, keganasan seperti ini akan berlaku.

    Inilah BALA dan MUSIBAT berpemimpinkan manusia yang JAHIL agama.
    Nilai keManusiaan dan moral akan runtuh.
    Masyarakat akan jadi kucar kacir.
    Rogol, Bunuh akan terus meningkat.

    BalasPadam