Ahad, 5 Februari 2012

Kenyataan "bangang" Pengerusi Umno...

Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin masyarakat Cina di negeri ini akan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang kerana mahukan perubahan yang gagal dilaksanakan PAS walaupun mentadbir selama 22 tahun.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perakuan itu dinyatakan sendiri pemimpin masyarakat Cina termasuk pemimpin badan bukan kerajaan ketika bertemu dengannya beberapa hari lepas.

"Masyarakat Cina juga telah hadir dengan jumlah yang begitu besar dalam satu majlis baru-baru ini, dan ini antara bukti sokongan mereka terhadap B Nsemakin meningkat di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidul Rasul peringkat Parlimen Jeli di Bukit Nangka, di sini, Ahad.

Justeru kata Mustapa, kenyataan pembangkang bahawa kaum Tionghua di Kelantan tidak akan menyokong BN adalah tidak benar.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau berharap anggota Umno di Kelantan bersatu padu.

Katanya Umno juga bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti tonggak bangsa Melayu itu asalkan sanggup menerima dasar perjuangan parti tersebut. -

3 ulasan:

  1. kenyataan MP yg syok sendiri...hahahahahahah

    BalasPadam
  2. Dah banyang dah menteri ini.Katanya UMporNO juga bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu menyetai parti tonggak bangsa melayu ini.Keh.. UMporNo malu nak sebut( UMNO baru )ialah United Malaysian National Organisation yang ditubuhkan oleh MAMAK SELEPAS umno di haramkan.Selagi ini melayu di tipu oleh MAMAK KUTTY.

    BalasPadam
  3. BEGITULAH KENYATAAN 'FEEL GOOD' MANGKUK PENGAMPU UNTUK DAPAT SOKONGAN PENYAMUN-PENYAMUN TERTINGGI UMNGOK-BN !

    BalasPadam