Beberapa Pas kawasan di Kedah mendesak pihak luar termasuk pemimpin
dalam kalangan rakan Pakatan supaya tidak lagi mendesak tindakan diambil
terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Sumber dalaman parti itu
berkata, jika desakan terus dibuat, Pas Kedah tidak teragak-agak membuat
desakan sama, namun membabitkan isu berbeza.
“Jika pemimpin PKR atau DAP terus desak pimpinan
Pusat ambil tindakan terhadap Azizan, walaupun selepas Pesuruhjaya Pas
Kedah itu membuat penjelasan, Pas juga boleh buat tindakan sama atas isu
berbangkit yang menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap rakan pakatan
itu. Namun atas dasar persefahaman, kita ketepikan,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas
pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz
Bari menggesa pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan
berhubung penggantungan penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang
didakwa bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.
Isu Kuin dikatakan menjadi ‘senjata baru’ kepada kelompok tertentu yang
cuba menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar Kedah.
Azizan juga dikatakan tidak disenangi beberapa pemimpin PKR dan DAP
kerana dilihat melakukan beberapa tindakan yang dianggap boleh merugikan
pakatan pembangkang.
Sumber berkata, pihak luar tidak wajar campur tangan dalam isu
pentadbiran Kedah, kerana Pas Kedah tidak pernah mencampuri isu dalaman
negeri lain.
“Jika mereka terus menekan Azizan, kita boleh desak parti buat keputusan
drastik dengan ambil kerusi PKR yang wakil rakyatnya lompat parti. Kita
ada alasan kukuh demi pertahan Pakatan Rakyat (PR) Kedah. Bolehkah
mereka terima jika kita bertegas,” katanya.
Empat wakil rakyat PKR Kedah yang menang pada PRU12 lalu, yang kini
wakil rakyat bebas ialah, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli
Noordin; Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; Adun Lunas, Mohd
Radzhi Salleh; dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.
“Sumber lain memberitahu, PKR dijangka meletakkan Setiausaha Agungnya,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertanding di parlimen Kulim/Bandar
Baharu pada PRU13. Jika akar umbi bertegas dalam isu desakan PKR
terhadap Azizan, saya jangkakan Saifuddin berdepan laluan sukar dengan
jentera pilihan raya Pas di kerusi itu,” katanya.
Menurutnya, sebagai pemimpin kanan politik dan bekas profesor
perlembagaan, dua tokoh itu patut memohon maaf secara terbuka kepada
Azizan atas keceluparan mereka.
“Saya gesa pihak luar hentikan cubaan mengapi-apikan atau mengkudakan
pelajar IPT dan gerakan mahasiswa khususnya Solidariti Mahasiswa
Malaysia (SMM) untuk menyerang Pas Kedah dan mencalarkan imej Azizan.
Jika berterusan, tuntutan ke atas kerusi lompat tidak dapat dielak
sebagai tindak balas ke atas tindakan mereka,” katanya.
Sumber itu turut meramalkan tidak berlaku sebarang perubahan agihan kerusi bertanding dalam PR Kedah dalam PRU13 akan datang.
“Kedah adalah negeri pertama yang berjaya selesaikan isu pertindihan
kerusi bertanding dalam PRU13. Difahamkan, Kedah akan kekalkan formula
agihan kerusi 2008,” katanya.
Sekiranya dakwaan itu benar, ini bermakna DAP kekal bertanding di dua kerusi (Kota Darul Aman dan Derga).
Sebelum ini, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik mahu DAP bertanding di
dua kerusi parlimen dan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada
PRU13. DAP menuntut supaya parlimen Padang Serai dan Alor Setar
diserahkan kepada parti itu, manakala enam Dun babitkan Kota Darul Aman,
Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.
Berdasarkan formula agihan 2008, Pas bertanding 24 kerusi manakala 12
lagi kerusi dibahagikan antara DAP dan PKR, di mana 10 daripadanya
diberikan kepada PKR. DAP hanya bertanding di Kota Darul Aman dan Derga.
Daripada enam kawasan Dun yang dituntut DAP itu, lima kerusi berlaku
pertindihan antara DAP dan PKR
MACAM ADA TANGAN-TANGAN TERSEMBUNYI SAJA MENYERANG USTAZ AZIZAN ! KAN USTAZ AZIZAN DAH TERANGKAN SEMUA TAPI MASIH ADA KAKI SERANG TERHADAP MB DARI PARTI ISLAM TIU ! FIKIRKAN SIAPA DAPAT KEUNTUNGAN & KEPENTINGAN SIAPA DALAM ISU INI !
BalasPadam