Di sinilah saya akan bertanding..iaitu di Parlimen "Lubuk Katak" kuah3..(Gmbr sekadar Hiasan) Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan
bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini namun belum menetapkan
kawasan yang akan ditandinginya.
Beliau berkata, sama ada dirinya akan mewakili mana-mana parti, atau
terus kekal sebagai calon bebas juga akan ditentukan kemudian.
"Mungkin juga akan bertanding di Pasir Mas (untuk mempertahankan
kerusi) dan itu nanti akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita
selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di sini, malam
Jumaat.
Pada pilihan raya umum 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir
Mas sebagai calon bebas menggunakan tiket PAS setelah menewaskan calon
Barisan Nasional Datuk Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.
Ibrahim yakin sokongan masyarakat terhadapnya tidak susut, terutama
bukanMelayu, walaupun beliau kini menerajui Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia(Perkasa) yang dilihat sesetengah pihak sebagai mewakili satu
bangsa sahaja.
"Anda boleh lihat sokongan masyarakat Cina di sini dan saya rasa
faktor sokongan ini juga antara faktor untuk saya bertanding," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan