Sabtu, 4 Februari 2012

Terkinii..Akhirnya Mat Sabu "Menyokong" Hasan Ali...

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau menyokong dan menghormati keputusan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang enggan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

"Itu hak dia sama ada mahu merayu atau tidak. Saya hormati keputusan beliau," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Bagaimanapun, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan Hasan Ali bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang pertuduhan berhubung pemecatannya.

"Saya tak mahu komen lebih lanjut. Itu dakwaan beliau yang sudah jadi bekas ahli PAS," katanya.

Pada sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, petang Sabtu, Hasan Ali menyatakan pendirian untuk tidak lagi bersama PAS kerana mendakwa parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenarnya iaitu untuk memartabatkan Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu turut menyifatkan pemecatannya dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik.

"Setelah merenung berbagai sudut termasukkepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling penting setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan," katanya.

Beliau dipecat oleh PAS pada 8 Januari lalu dan mempunyai tempoh selama 30 hari untuk membuat rayuan.

JuRaGan : Ingattt...Ini Jemaah Islam..barang siapa yang tidak mengikut adab dan disiplin dalam berjemaah,membelakangi wala' terhadap kepimpinan serta menolak keputusan majlis syura',maka tunggulah,samada kamu keluar dengan sendirinya dari jemaah atau kamu akan di keluarkan oleh Allah.



7 ulasan:

  1. Hassan PHD kata dalam JATI ada 100% ulamak.
    Ketuanya ialah Hassan bin Ali Ba, MA & PHD
    Matlamat dia hanya utk MELAYU, RAJA2 MELAYU DAN ISLAM.....
    Bangsa BUKAN Melayu ....sorry hahhhh..boleh jalan daaaa..

    BalasPadam
  2. aku tak rela menjadi pengikut kumpulan yang medaulatkan israi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. bagus tu ,, banyakkan lagi baca utusan dand tgk tv3, biar otak kau tu bertambah bangang.. woi suruh lah najib iktiraf dulu kerajaan hammas dulu lah ...

      Padam
  3. Islam tidak memerlukan kita TETAPI kita lah yang memerlukan Islam.

    BalasPadam
  4. yang penting bagi hassan dia dah buat solat isthikarah...itu yang terbaik baginya..yg bathil satu pihak ..yang benar satu pihak..jawablah nanti di depanNya..tengok sapa plg pandai jawab...bwk bukti-bukti korang...kerana ALLAH atau selain drp itu...sendiri jawap.

    BalasPadam
  5. baguslah kalau hassan ali tidak merayu, kalau semua yang tak betul itu dipihak PAS oleh lah rasanya hassan ali meletakkan jawatan ADUN yang ditandinginya atas pentas PAS.

    BalasPadam