Khamis, 29 Mac 2012

Apakah Kejadian Panas Ini Gara-gara Hasan Ali..??

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan mengambil langkah tertentu bagi membantah tindakan Speaker DUN Datuk Teng Chang Khim menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada persidangan Dun itu pada Selasa.

Mereka menyifatkan tindakan Teng yang menggesa anggota exco kerajaan negeri agar membahaskan kejayaan empat tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor sebagai berat sebelah dan tidak profesional.
Ketua Penerangan UMNO Selangor Abdul Shukor Idrus berkata antara tindakan yang difikirkan ialah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor bagi membantah tindakan itu.
BN merupakan pembangkang dalam DUN Selangor.

Pada Selasa, enam anggota DUN dari BN bertindak keluar dewan kerana membantah SMS itu dengan menyifatkannya sebagai berat sebelah oleh Speaker berkenaan.

Teng ketika mengulas perkara itu pada Selasa menjelaskan bahawa beliau secara tidak sengaja menghantar SMS itu kepada anggota DUN Bebas Datuk Dr Hasan Ali kerana nama beliau masih diletakkan sebagai exco dalam telefon Teng.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM)di sini Rabu, Abdul Shukor, Adun Kuang, berkata sebagai Speaker Teng harus bebas, adil dan bertanggungjawab dalam mengendalikan sidang DUN.

4 ulasan:

  1. Kalau speaker Pundek ka Amin mcm mn pulak..
    Boleh tak dikategorikan sebagai berat sebelah atau ADIL kpd smua MP...pikior sendiri le.

    BalasPadam
  2. Hassan pundek...

    BalasPadam
  3. ''nama beliau masih diletakkan sebagai exco dalam telefon Teng''.

    'dinasaur' guna teknologi...bayangkan kalau dia jaga 'it'...hancus...semua maklumat boleh masuk muzium!

    BalasPadam
  4. Speaker ( Haram ) Negeri Perak sewaktu Sidang DUN di negeri Perak neutral kah.Poooraaaah UMNO.Mau kasi speaker neutral????? Kalau lu punya speaker tak neutral ata lu bising.Sudahlah .Pi mampuslah sama lu.

    BalasPadam