Rabu, 7 Mac 2012

Kecoh Di Utusan..2 Exco Nafikan Laporan..

Dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.
"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa bagi mengulas mengenai laporan berita berkenaan.

Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit.

Dinyatakan bahawa maklumat berkenaan disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu salah seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menolak untuk dilantik semula sebagai exco.

Sementara itu Datuk Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan berkata setakat ini tidak ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa.
Namun beliau percaya kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun Phahrolrazi enggan mengulas mengenai laporan portal berita berkenaan sementara Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

2 ulasan:

  1. salam...

    lagi-lagi mengenai projek, harta dunia, kemewahan dan salahguna kuasa. kan dah ada Jawatankuasa PEMANDU untuk negeri Kedah. minta nasihat JKK PEMANDU. umum cara terbuka siapa yang perolehi tender. selesaikanlah masalah di meja perundingan atau syura. TAK PAYAH DOK BUKA PEKUNG DIDADA.

    Kuasa, pangkat dan kemewahan adalah amanah serta ujian dari ALLAH. Buat kerja biar ada sifat-sifat NABI S.A.W; Sidiq,amanah,tabligh dan fatonah.baru ada keberkatan.

    Semoga ALLAH memelihara sekalian jentera kerajaan negeri Kedah dari tuntutan hawa nafsu yang amarah dan gangguan iblis laknatullah.

    amin.

    BalasPadam
  2. aju kesian betoi kat akhbar pembelit no-1 malaysia.
    asyik nak pekena kerajaan kedah, tapi, smuanya tak kena.
    lepas satu, satu ludah mereka terkena muka sendiri.
    main serkap jarang saja lapuran palsu mereka.

    yang terbaru, mereka kaitkan nama abg mat sabu pulak.
    kawan tu tak tau hujung pangkaq,

    apa punya hampeh la utusan meloya and berita hairan tu

    BalasPadam