Khamis, 8 Mac 2012

Ngeriii..Perut Terburai Di Tibai Pembunuh...

Seorang lelaki Vietnam mati dalam keadaan mengerikan apabila dia dibunuh secara kejam dengan kesan tetakan ditemui di seluruh badan manakala isi perutnya terburai disyaki dilibas suspek yang mempunyai dendam berkaitan judi terhadapnya.

Kejadian pukul 10.20 malam kelmarin di lorong belakang sebuah rumah kedai di Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara dekat sini itu menyebabkan pekerja kilang berusia lingkungan 20-an tersebut mati di tempat dia diserang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan dari orang ramai.

Katanya, sebaik tiba, polis mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dipercayai ditetak oleh lebih daripada seorang suspek.

“Kita tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian dan berdasarkan cara mangsa dibunuh, kita percaya ia lebih kepada dendam dan bukan samun kerana barang berharga tidak hilang,” katanya yang menyiasat kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan