Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin mengalirkan air mata selepas
dia menang besar dalam pilihan raya Presiden di sini kelmarin.
Kemenangan Putin tidak pernah diragui kerana masih ramai penduduk
Rusia menganggap beliau sebagai penjamin kestabilan dan pelindung Rusia
daripada krisis dunia.
"Saya berjanji bahawa kita akan menang dan kita sudah menang," kata
Putin di hadapan ribuan penyokongnya di luar bangunan Kremlin di sini.
"Kita memenangi pilihan raya ini menerusi perjuangan secara terbuka dan jujur," tambah pemimpin berusia 59 tahun itu.
Beliau menangis di hadapan sejumlah besar penyokongnya di Dataran Manezhnaya di sini.
Putin mendakwa memenangi pilihan raya berkenaan malam kelmarin selepas kurang satu perempat jumlah undi telah dikira.
Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat menyatakan, Putin mendahului dengan
kelebihan 63 peratus selepas kertas undi di 99 buah wilayah pengundian
di seluruh negara siap dikira.
Calon Parti Komunis, Gennady Zyuganov menduduki tempat kedua diikuti
Mikhail Prokhorov, bilionair Rusia yang memiliki pasukan bola keranjang
Amerika Syarikat, New Jersey Nets di tempat ketiga. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan