Khamis, 29 Mac 2012

Tukar Segera Ketua Pembangkang..Pas Setuju - Mustafa Ali

Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ya.


“Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

“Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada,” kata beliau di lobi parlimen.

7 ulasan:

  1. NALA & SAPI PEMBELOT & PENGKHIANAT BESAR ,DEMI PANGKAT,DUIT DAN APASAJA DUA EKOR BARUA YANG TAK ADA MARUAH NI AKAN BUAT!

    BalasPadam
  2. Rugi rakyat Malaysia kalau Najib dan Mudin tu jadi Ketua Pembangkang. Itu dua ekor bukannya pandai berhujah dengan baik. So lebih baik tumpaskan sahaja mereka jangan bagi keduanya menjejak kaki ke Parlimen. Aku seperti biasa lebih suka Ghafur Salleh menjadi Ketua Pembangkang sebab dia memang bekerja untuk rakyat kawasannya. Jika kerajaan dan pembangkang adalah aktif barulah Malaysia akan menjadi lebih baik sebab mereka akan membincang secara pro dan kontra untuk setiap perkara di Parlimen. Ini tidak, apa sahaja yang dicakap pembangkang dibakulsampah secara membuta tuli. Sebenarnya tak ramai ahli Parlimen BN layak untuk mewakili rakyat Malaysia di Parlimen. Bung Mokhtar tak layak sebab dia sendiri langgar undang2 semata-mata nak menikah baru. Seri Gading pun tak layak sebab macam bodek sahaja memanjang. Pasir Salak, yang ini aku tak faham betul-betulkah dia mewakili Pasir Salak? Bukan Tanjung Rambutan ke? Driver sendiri dia boleh hentam ketuk kepala sebab tak tahu jalan ke rumah seseorang yang mahu dibodek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TN..aku rasa Pasir Salak tu keje dia ok...brape byk kali dia menyalak..

      Padam
  3. Jawapnya korang rela manusia dua alam ni menjadi pemimpin. Manifesto PRU12 tak tercapai pun korang tak ambik kira ye. Macam mana nak jadi kerajaan mcm ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh lbih baik dua alam yg berintegriti drpd satu alam yg korup menjejaskan dunia n akhirat..
      Tu pun siapa yg kata dua alam? Nala karipat tokey judi magnum..org ni pun kamu amik kira ke..bodoh sesungguhnya bodoh org umno ni..patutlah mahadir suruh cr calon luar umno pun..

      Padam
    2. menuduh tanpa bukti kukuh adalah dilarang disisi Islam.Jika Tanpa Nama diatas seorg yg Islam sila kemukakan 4 saksi yg adil..Jgn tuduh2 sj tambahan lg dlm bab zina..klu tak betui gugur kelayakan anda utk jd wali nikah..

      Padam
  4. kuburkann aje bn dah 53 thn memerintah yg kaya brtmbh kaya ygn miskin brtmbh papa kedana, berbillion2 duit lesap atau hangus mcm tu aje skali hangus beratus2 juta RM bukan sikit itu rakyat bangang tak tahu menilai, tak pakai akal tp pakai otak, otak lembu kondo.

    BalasPadam