Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sungai Siput
meninggal dunia malam tadi selepas dirawat selama tiga hari di Hospital
Sungai Siput.
Ketua
Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, R Vinoth, 18, yang
berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam
tadi.
Laporan kematian dibuat oleh bapanya hari ini dan punca kematian belum diketahui.
"Kita sedang menunggu hasil bedah siasat hospital berkenaan," kata Azman kepada pemberita hari ini.
Vinoth dilaporkan demam di kem berkenaan beberapa hari hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan.
Dia mengikuti program berkenaan awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini.
LAGI MATI...SERAM GUA MUA ANTAR ANAK..MATI KATAK OH?
BalasPadamdah berhari2 demam baru hantar hospital?
BalasPadam