: Datuk Shamsubahrin Ismail pada Rabu telah menyerahkan
telefon bimbitnya termasuk transkrip teks sistem pesanan ringkas (SMS)
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan
yang beliau tidak menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp)
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagaimana yang
didakwa.
“Memang saya tidak bersalah. Sebab itulah saya datang ke sini (SPRM)
untuk menyerahkan bukti bahawa saya tidak pernah menipu Datuk Salleh,”
katanya kepada para pemberita ketika ditemui di luar bangunan Ibu
Pejabat SPRM di sini.
Peguam Shamsubahrin, N. Surendran kemudiannya memberitahu pemberita,
bukti yang diserahkan kepada SPRM adalah berkaitan dakwaan kononnya anak
guam beliau terlibat dalam percubaan untuk merasuah anggota polis.
“Transkrip SMS itu akan membuktikan bahawa sebenarnya beberapa orang
penting dalam NFCorp yang sebenarnya cuba merasuah anggota polis supaya
kes tersebut dalam ditutup...,” kata peguam itu lagi.
Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, bukti yang diserahkan
oleh anak guamnya itu adalah satu bukti yang sangat kukuh dan boleh
membuktikan juga yang dia tidak bersalah.
Pertemuan antara Shamsubahrin dengan pegawai-pegawai SPRM berlangsung
selama lebih sejam dan perbualan mereka dirakamkan melalui perakam
video.
Shamsubahrin telah didakwa Disember lepas kerana cuba menipu Mohamad
Salleh, yang juga merupakan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebanyak RM1.76
juta.
Salam,
BalasPadamLain kali sms yg penting simpan, yg erotik boleh delete he heh!