Khamis, 15 Mac 2012

Inilah Si Penjilat Yang "Bangang"...Nak Jadi Calon kut..??

Pemimpin-pemimpin utama pembangkang didesak untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bertindak memalukan negara menerusi pelbagai isu dan tuduhan.

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) perlu mencontohiPerdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang bertindak memohon maaf kepada seluruh rakyat diatas kepincangan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincangan lampau BN tetapi saya pasti rakyat juga tertanya-tanya jika pemimpin-pemimpin pembangkang akan menuruti langkah Datuk Seri Najib.
"Saya rasa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang harus meminta maaf kepada seluruhrakyat Malaysia kerana peranan mereka dalam mencetuskan peristiwa berdarah pada 13 Mei, 1969.

"Presiden PAS harus meminta maaf secara terbuka kerana mengkafirkan pemimpin, ahli serta penyokong Umno menerusi Amanat Haji Hadi yang kini nyata telah memakan diri sendiri.

"Malah video seks seorang pemimpin pembangkang kini tersebar luas di Indonesia, Jepun, India dan beberapa negara serantau. Saya mendesak agar pemimpin pembangkang ini memohon maaf secaraterbuka kerana memalukan rakyat dan negara Malaysia di mata dunia," katanya ketika membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

2 ulasan:

  1. Sprt kata Kadir Sheikh Fadzir,Zahrain ni dh gila.Gila meroyan

    BalasPadam