Selasa, 6 Mac 2012

Terbaru..Inilah Kenyataan "Busuk Hati" Seorang Pemimpin...

Tindakan PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memantau Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuktikan krisis kepimpinan di negeri itu jauh daripada selesai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tugas Datuk Seri Azizan kini lebih mencabar dan pemimpin PAS tak yakin dengan kemampuan beliau mentadbir dengan baik," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menghadiri majlis jalinan mesra rakyat dan perasmian bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini.

Ditanya sama ada tindakan PAS mewujudkan jawatankuasa itu sesuatu yang pelik, Muhyiddin berkata, ia tidak menghairankan kerana PAS sememangnya sebuah parti yang "pelik".

"PAS memang parti pelik, apa yang dia nak buat, dia buat," katanya sambil menambah bahawa bidang kuasa jawatankuasa itu tidak jelas umpamanya sama ada ia mempunyai hak menyekat kuasa Menteri Besar.
Muhyiddin berkata beliau berpendapat penyelesaian itu tidak berkesan dan ia akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri dan kesannya akan dirasai oleh penduduk Kedah.


 JuRaGan : Apa punya barai la TPM nii..nampak sangat "Busuk Hati"nya..bercakaplah sebagai seorang profesional dan selaku orang nombor 2 dalam negara..cakap macam standard JKKK  saja beb..Dia ingat orang Pas mcm perangai Umno kut..??Beginilah kenyataan orang yang kecewa apabila krisis di Kedah selesai kerana InsyaAllah Umno akan terlopong lagi..







8 ulasan:

  1. InsyaAllah, pemimpin-pemimpin UMNO/BN akan menangis dalam PRU13 nanti apabila ahli-ahli mereka sendiri berpaling tadah memberikan undi pada Pakatan Rakyat kerana mereka telah melihat betapa busuknya isi hati perut pemimpin-pemimpin mereka itu.

    BalasPadam
  2. asslm aku pong heran ngan tpm nie kalu negeri pakatan da krisis cepat2 bg komen.Trgganu pong da gak krisis puak nie pakat2 jd bisu habih.tpm hang jga2 ckit hang pong belom kompon jd PM.Tkut org lin jd PM melopong la hang.Nie kuasa ALLAH TAALA.Jgn sombong!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia dipegang pada janjinya,

      Lembu dipegang pada talinya,

      Pemimpin tertinggi UMNO memegang pemimpin2 UMNO/BN dengan bukti salahlaku mereka yang boleh menempatkan mereka di penjara (bahasa mudah: t*l*r mereka boleh dipicit bila-bila masa),

      Masalahnya pemimpin PAS tak ada pemasalahan salah laku dari aspek rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti UMNO/BN, jadi jawatankuasa ditubuhkan bagi mengelakkan pemimpin PAS tergelincir dari matlamat parti dan menjaga keharmonian antara pemimpin PAS.

      Padam
  3. Pembangkang dah ketandusan idea, tiada modal, idea murahan, pembangkang terdesak, pembohong, bodoh, apa lagi??? dah tak ingat, bangat sangat. Pi mai pi mai pusing ke pembangkang. Jawapan tak bagi pun thdp isu yang di utarakan.

    BalasPadam
  4. CAKAP ORANG YANG HAMPA DAN KECIWA, JADILAH MACAM AKAL JKKK ;)

    BalasPadam
  5. Betullah kata TPM ini,bahawa Pas samgat "Pelik"..apa tak peliknya,zaman moden di mana bini pemimpin Umno bertelanjang tak tutup aurat,bini pemimpin nampak "pelik" bila bini mereka tutup aurat..Zaman moden yang pemimpin Umno tolak hukum Allah dan caci hudud..pimpinan Pas nampak "Pelik" apabila petahan hukum hudud dan nak laksanakan pulak hukum yang dianggap kolot oleh pimpinan Umno!!

    Zaman moden yang pemimpin umno nak sapu duit rakyat dan rasuah,tiba-tiba pimpinan Pas "Pelik" kerana mereka benci rasuah dan membela nasib rakyat.

    Lagi nampak "pelik" apabila isteri pimpinan Pas tak pandai nak bershopping dan hidup bermewah-mewah seperti apa yang di amalkan oleh isteri pimpinan Umno!

    Jadi itulah sebahagian "Pelik"nya Pas di mata pimpinan Umno...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gua sokong 200 peratus lu punya statement....yg pelik lg kalau rakyat masih lg berikan mandat pada umno dan BN....terang n jelas parti korupsi...jom ubah pru13 ...berikan sokongan dan dokongan pd PR...

      Padam
  6. Kan aku dah kata kat hampa dulu ha tengok apa depa dah kata kat hampa baru sedap telinga hampa dengaq , hampa tak boleh tadbir sendiri , kena ada orang lain dok pantau hampa baru boleh , lapas tu dok cerita pula kami dah selesai dah ,awat hampa ingat orang nak pecaya ka cakap hampa , tengoklah nanti PRU13 hampa taulah nasib .

    BalasPadam