Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan
turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk
Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.
Dalam satu
kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie
Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap
usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya
yang bersih dan adil.
"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.
"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.
Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.
Sejak
Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun
menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara
untuk hadir.
Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS
Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan
mengerahkan 50,000 ahli mereka.
Sementara itu, Bersih malam tadi
mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk
Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak
membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan