Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan
Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir
menyertai Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran
Merdeka, Sabtu.
Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.
Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan
berkongsi pengalamannya menerusi program "Artis Berubah, Rakyat Merobah,
BN Rebah" di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad
(KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.
Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius
mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang
menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah
penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan
Melayu.
Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya
Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (
Tiada ulasan:
Catat Ulasan