Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semakin pulih selepas
menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San
Francisco empat hari lalu.
Menurut laman web Darussyifa’, Haron menjalani pembedahan pada 2 April
lalu. Pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam itu diketuai oleh Dr
Robert C Robinson.
“Haron telah sedar hari ini, bagaimanapun beliau perlu diberi ubat
sedatif yang kuat berikutan kehilangan banyak darah,” memetik laporan
laman web itu.
Sementara itu, laporan blog anaknya Hana Haron berkata, mereka
diberikan peluang melawat ayahnya yang menunjukkan reaksi positif.
"Kami dibenarkan masuk berperingkat dua orang pada satu-satu masa.
"Babah boleh mengeluarkan suara, bagaimanapun masih tidak boleh
melakukan banyak pergerakan, tetapi sempat bertanya sudah berapa lama
beliau tidak sedarkan diri," katanya dalam entri blognya.
Difahamkan Haron yang juga pengasas Darussyifa’ semakin stabil tetapi masih perlu masih dirawat di unit rawatan rapi.
Haron telah berangkat ke San Francisco pada 18 Mac lalu dan dijangka
berada di sana selama sebulan kerana perlu menjalani beberapa sesi
rawatan selepas pembedahan.
Alhamdulillah.semoga semuanya selamat.
BalasPadamSaya seperti lijitra mengucapkan :Alhamdulillah.semoga semuanya selamat.
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga Dato cepat sembuh. Amin
BalasPadam