PAS sebenarnya boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Tenang, Johor sebelum ini jika Umno tidak main kotor.
Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, dalam pilihan raya
itu, Umno telah bermain kotor dengan melepaskan air di empangan dan
menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.
Abdul Hadi berkata demikian dalam wawancara khas dengan Harakahdaily baru-baru ini.
"Yang terkini, maklumat baru yang kita terima, sepatutnya pilihan raya kecil Tenang kita menang.
"Umno main kotor dengan lepas air di empangan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.
"Mereka
pula membuat persiapan awal untuk mengangkut pengundi-pengundi mereka.
Ini satu penipuan yang sangat kotor dan tidak demokratik," kata Abdul
Hadi.
Sehubungan itu, kata beliau, apa yang berlaku di Tenang
menunjukkan PAS boleh menang di kawasan Felda, "menandakan perubahan
boleh berlaku dan kita boleh menang."
Atas dasar itu, kata Abdul
Hadi, beliau yakin perubahan di kawasan-kawasan lain juga boleh berlaku
sebagaimana berlakunya dalam pilihan raya 2008, di mana PAS menang dua
kerusi di Johor yang dianggap kubu Umno dan Barisan Nasional.
Melalui
lawatan beliau ke negeri Johor juga, Abdul Hadi berkata, sambutan
ceramah yang sangat menarik dengan jumlah yang mencecah ribuan manusia
yang kebanyakannya di kalangan muda.
"Sekurang-kurangnya
ini menunjukkan masa depan yang baik bagi PAS. Seboleh-bolehnya
perubahan untuk pilihan raya yang ke 13," katanya.
Dalam temubual
itu, Abdul Hadi memberitahu, beliau telah selesai pusingan pertama
menjelajah seluruh negara melalui konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat
Di
samping itu, beliau telah selesai melawat tiga negeri melalui lawatan
yang diuruskan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu Johor,
Terengganu dan Pahang.
"Persiapan awal telah dibuat oleh semua
peringkat parti..kursus peringkat dun dan parlimen," beritahu beliau
tentang hasil lawatan itu.
Menurutnya, PAS bukan sahaja menyediakan jentera pilihan raya bahkan ada negeri yang sudah siap jentera untuk hari pilihanraya.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan