Rabu, 16 Mei 2012

Bab Ini...Gua Tabik Spring Sama Lu Orang..

Unit Amal PAS menerima dua jambangan bunga hiasan daripada peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka pada perhimpunan tersebut.

Wong, 58, menghantar sendiri bunga tersebut ke Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam dan diterima seorang Unit Amal yang bertugas di pejabat.

Bunga tersebut dikepilkan dengan sekeping kad bertulis " Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak",  Salute to all of you,  When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat".

Wong ketika dihubungi hari ini berkata, beliau dan keluarga sangat berterima kasih terhadap anggota Unit Amal yang bertugas menjaga keamanan pada perhimpunan tersebut.

Beliau berharap pemberian bunga tersebut dapat menggembirakan hati anggota-anggota Unit Amal atau turut digelar 'Tentera Merah'.

"Saya nak ucap terima kasih kepada Unit Amal sebab banyak tolong peserta-peserta pada Bersih 3.0.

"Bunga itu satunya daripada saya dan keluarga dan satu lagi daripada kawan saya. Saya harap mereka suka bila terima bunga itu," katanya yang mempunyai kedai jahit di Damansara.

Menurut Wong, sewaktu perhimpunan tersebut, beliau berada di Jalan Tun Perak dan melihat sendiri bagaimana Unit Amal bertugas menjaga peserta-peserta.

Malah katanya, beliau yang turut menyertai perhimpunan Anti ISA dan Bersih 2.0 sangat senang dengan kewujudan Unit Amal di lokasi perhimpunan.

"Saya memang sudah biasa dengan Unit Amal. Setiap kali perhimpunan, saya tengok dengan mata kepala sendiri mereka bersusah payah bertugas," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa Unit Amal bertindak ganas sewaktu perhimpunan.

"Kalau saya tengok Unit Amal ganas, saya tak akan bagi mereka bunga," katanya sambil ketawa.

Seramai 4,000 anggota Unit Amal dari Semenanjung Malaysia bertugas pada perhimpunan 28 April lalu.

9 ulasan:

  1. susah hati teringat LEE KUAN YEW pakai KOPIAH dulu ....

    BalasPadam
  2. dan mamak iskandar kutty kata unit amal ni samseng terlatih dalam menghuruharakan negara & keamanan,yang dia huruharakan perundangan negara,khazanah negara ,perlembagaan negara tapi lupa kot ! memang mamak kutty mudah lupa !

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama16 Mei 2012 7:09 PTG, kenapa susah hati LKY pakai kopiah? Adakah kopiah itu awak sekutukan dengan bangsa, ugama atau Allah? Sedangkan Allah sendiri tidak mengampunkan APAJUAPUN disekutukan denganNya - hukumNya SYIRIK!(Surah AnNisa 4:48 & 4:116)

    ~ Melayu Celik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musuh Islam tu licik,..penuh muslihat !

      Dengan sejambak bunga dan beberapa baris ayat,..awak dah terus melentok !!

      Akibatnya, demi menjaga hati puak kafir harbi Hj.Hadi kata pandangan Harun Taib berkenaan perlaksanaan hukum hudud cuma bersifat peribadi saja.

      eemmmm alahai, lemahnyaaaa syahwat orang Pas ni !!

      Padam
    2. yang terbaik najib kata,katakan tidak kepada hudud..sah..kafirr!

      Padam
  4. sesama islam pun apa kurangnya muslihat. lima negeri hilang rm 500 brim, dulu tak pernah sebut masa ekonomi kukuh masa dia kukuh. sekrang ni macam macam beri. saham belum untung dah beri dah. umno lemah rakyat mewah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno kuat, rezeki rakyat lagi melimpah-limpah ..!!

      Padam
    2. qul inna SOLATI WANUSUKI WAMAH YAYA WA MAMATI LILLAHIRABBIL ALAMI.

      bai, lu kasi jg sikit ayat lu. rezki sapa pun Allah tentukan. negara kapir yg najib hang banggakan pun Allah tentukan rezkinya.

      ingat janji kita tiap kali solat. hati apek bg bunga tu Allah je tahu. yg plg pntg mcm mana nk ajak apek ni jadi Islam. kalau Islam mcm lu, parah la nk dukung janji.

      .uncle.

      Padam
  5. semangat perkauman yg tebal disemai oleh UMNO selepas era Tun Hussein Onn dan disemarakan oleh PERKASA.

    BalasPadam