Isnin, 14 Mei 2012

Haiyaa..Lu Cakap Salupa Mau Kasi Umno Mapuiiihh Ooo..

Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

BNONEerbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

12 ulasan:

  1. Kah..kah..kah...
    Orang BN sendiri kata BN guna duit utk pancing undi...

    kah..kah..kah...
    Orang BN sendiri kata DSAI, LGE, KI bersih dpd rasuah

    kah..kah..kah..
    Orang BN sendiri kata pemimpin komponen BN memang jenis KOTOR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETUL..BETUL..BETUL..hahahaha

      Orang Cina dah nampak semua tu...tapi Melayu masih ramai yang buta hati...mudah-mudahan Allah berikan petunjuk kepada mereka.

      Padam
    2. Woi sedara,
      Jangan ler suka sangat...nampak ketara yang kau orang ni mudah kena tipu..

      Ling Liong Sik tu orang yang kecewa...sebab Pemimpin BN tak pertahankan dia dalam skandal PKFZ !!

      Padam
    3. Karpal Singh tak habis-habis bantai Pas isu hudud !!
      Orang Pas memang tak tau malu ker ??

      Jelas nampaknya Tunku Abdul Aziz lebih bermaruah daripada Nik Aziz !!

      Padam
    4. Kalau KP bantai PAS memang wajar sebab dia kapiaq. Apa yg dia faham tentang islam? Tugas kita tarbiah dia bagi faham. Ko rakab patut lebih malu dari Umno yg tolak islam.

      Kalau DAP boleh duduk dgn PAS kenapa Umno tak nak terima PAS? Tapi faktor utamanya org2 mcam Rakab ni yg menambahkan umno lebih teruk dari Soi Lek.

      Maruah Nik Aziz satu dunia mengakui menghormatinya. Kalau Takat Tunku Abdul Aziz keluar DAP apa nak heran. 1 Malaysia pun tak kenal dia kalau dia tak isytihar keluar DAP. DAP lagi bermaruh dari Umno. Sekilas ikan di air sudah dapat di teka jantan ke betina.

      Air yg tenang jangan sangka x ada buaya. Tapi Umno menafikan sekeras2nya buaya2 lapar yg menggelepar menghempaskan ekornya kedlm air.

      Rakab patut lebih malu dari umno yg tak tau malu.

      Padam
    5. 1..Bila kau kata Umno menolak Islam bermakna kau menuduh Umno kafir !
      Satu pemikiran sesat yang telah diterapkan oleh pemimpin Pas kepada ahli-ahlinya sejak zaman berzaman demi mendapatkan undi yang lebih dalam PRU.

      Ini satu alasan kukuh mengapa Pas wajib diperangi.

      2..Sebab utama DAP sanggup duduk dengan Pas ialah untuk memperkudakan Pas demi mengutip undi melayu.
      Berbeza dengan parti-parti komponen BN yang dah bekerjasama dari semenjak sebelum merdeka.

      3..Umno menolak Pas ?? Dah kau tuduh Umno kafir, siapa nak bekerjasama dengan kau ?? DAP jer yang layak !!

      4..Satu-satunya pemimpin dalam dunia ni yang sanggup bekerjasama dengan syaitan ialah Nik Aziz [ada bukti audio dan visual],
      Masih ada maruah lagi ke dia tu ??

      5..Tak penting Tunku Abdul Aziz itu dikenali satu Malaysia atau tidak. tetapi tindakannya yang tak mahu diperalatkan oleh DAP lagi itulah yang membuatkan beliau lebih dihormati dari Nik Aziz.

      Padam
  2. Melayu umno berlapang dada dengan menyatakan majoriti undi melayu untuk umno. Dgn megahnya menyatakan nak tawan kembali kelantan, pulau pinang, kedah dan selangor. Agak2nya majoriti rakyat kat negeri2 dikuasai pembangkang nak bagi ke???? Jangan tertipu dan syok sendiri... Jagalah negeri2 yang masih ada terlebih dahulu. Jangan jadi seperti cerita 'anjing dan bayang2, Kerana itulah realiti yg berlaku dlm PRU12.Brtanyalah pd diri sendiri, setiap kali perhimpunan umno; brapa duit pokek yg hadir dpt, pengangkutan free, pakej itu dan ini. Cuba try jgn bagi apa2 brapa sangat yang akan dtg agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nik Aziz sendiri mengaku beri duit pada peserta Bersih..
      kalau pemimpin Pakatan tak beri, berapa kerat yang hadir agaknya...

      Padam
    2. Brape umno bayar ko dlm gelombang merah?

      Padam
    3. Gelombang merah wujud bukan kerana bayaran tetapi sebab atas semangat yang membuak-buak untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair dari jatuh ke cengkaman puak bangsat dari longkang !

      Tak lama lagi akan ada gelombang biru pulak !!

      Padam
    4. Umno bukan kafir,jangan pandai-pandai kata orang kafir,umno hanya sebuah parti Laknatullah.

      Padam
    5. Mamat kat atas ni contoh syaitan yang berjaya dilahirkan oleh Pas !

      Padam