Isnin, 28 Mei 2012

Tengok Nii..KIsah Yang Terlalu "Sebak" Untuk Di Baca..

Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada.

Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.

Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.

Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.

Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.

Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.

Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.

“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.

“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.

JuRaGan : Ya Allah..tuhan yang berkuasa di bumi dan di langit..engkau hancurkanlah Parti dan Pimpinan mereka yang menzalimi hamba-hambamu..Engkau musnahkanlah mereka kerana menzalimi Agamamu,Ya Allah engkau hinakan Parti mereka,sebagaimana mereka menghina agamamu. Ya Allah..!!dan engkau bencikanlah manusia kepada parti dan pimpinan mereka sebagaimana mereka berusaha membencikan manusia kepada hukum hakammu Ya Allah!!

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah,Allahu Akhbar ! Jahanam umno-apco ! Amiin !

    BalasPadam
  2. rakab cuma menyampaikan...28 Mei 2012 pada 7:50 PTG

    Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

    Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

    Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik

    BalasPadam