Program Ramah Mesra dan Dialog
YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup
mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti memain peranan besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman
Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon
Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis
Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau
terhadap rakyat, lawan dan kawan.
Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul
3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi
zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir
untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.
“Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini
bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh
Aman yang berbangsa Cina dan
India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita
berbangsa Cina yang turut hadir.
Menurut saudara Anuar Ibrahim
Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO
tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang
dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan
tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu
dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri
oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.
“ Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran
kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat
adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan
tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana
wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang
bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa
Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya
ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama
rakyat”, jelas Radzi zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.
Rata-rata pengundi Taman Pegoh
Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang
yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya
sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan.
Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah
majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah
mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang
hasrat umat Islam membina sekolah agama.
Lebih memalukan, Haji Nawawi
Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang
belia Cina dengan ungkapan ‘lancau lu punya padang’. Adakah ini sikap sebenar
seorang pemimpin melayu Islam?
Terdahulu Pakatan rakyat
Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah
yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama
rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk
berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak
melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan
Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012.
Kini beliau hadir atas nama
dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan hanya berucap di hadapan penyokong
UMNO sahaja.
Rakyat Taman Pegoh Aman
berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat
Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman
Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon
UMNO di DUN Sungai Rapat.
Muhammad
Nuruddin Bashah
Media
Sungai Rapat
Hamidah tu lebih teruk karat birunya.
BalasPadam