Ahad, 1 Julai 2012

Panass..MIC Tibai Pencacai Umno..BN Bakal Hancuss..

MIC akhirnya bersuara mengenai hal Ambiga Sreenavasen selepas ada pemimpin UMNO yang menyeru agar beliau digantung kerana mengadakan perhimpunan Bersih untuk pilihanraya yang adil dan bebas. Ini disebabkan mereka takut akan menerima padah politik.

Sebelum ini, MIC sememangnya turut sama mengutuk penganjur Bersih itu yang sering dikeji dan diburuk-burukkan dan dituduh menyebelahi Pakatan Rakyat serta menentang pentadbiran Najib.

Walaubagaimanapun, ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat India sudah tidak dapat dibendung lagi dan MIC mungkin sudah berada dipersimpangan sama ada mempertahankan Ambiga atau mendapat balasan daripada kaum India dala pilihanraya yang akan datang.

“Tidak wajar untuk seorang ahli parlimen mengatakan bahawa Datuk Ambiga patut digantung. Tidak wajar untuk mana-mana ahli parlimen mengutarakan kata-kata begitu,” ujar pemimpin MIC G Palanivel.

3 ulasan:

  1. makin panas bro !
    macha sudah bara n baran......
    tunggu hari ameno nak kena karan......

    kah kah kah

    BalasPadam