Macam tak caya gua beb...bila Wanita Umno yang berbibir merah menyokong perlaksanaan Hudud..Ini sudah lawan taokeh beb..Najib mati-mati pertahankan bahawa Hudud tidak akan sama sekali dilaksanakan di Malaysia..tiba-tiba ada pulak pompuan bibir merah dari partinya yang menentang hasrat PM untuk mewarisi perangai firaun melawan hukum Allah di atas muka bumi ini..ini sudah lawan taukeh beb..
Pergerakan Wanita Umno di kawasan yang dikuasai bekas perdana menteri
Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi kumpulan pertama dari Pulau Pinang
yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Ketua
wanita Umno Kepala Batas, Zabariah Wahab dilaporkan berkata, usul yang
dibawanya itu diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat perwakilan
pergerakan wanita bahagian tersebut pada Sabtu lalu.
Beliau dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata, usul menyokong pelaksanaan hukum hudud itu akan dibawa dalam persidangan perwakilan bahagian tersebut.
"Usul
ini juga akan dipanjangkan kepada kepimpinan Wanita Umno Malaysia dan
negeri untuk rujukan dan tindakan lanjut," katanya seperti dipetik
akhbar tersebut.
ADUN Bertam, Pulau Pinang itu membawa usul
berkenaan dalam mesyuarat Sabtu lalu "kerana memikirkan kepentingan dan
kebaikannya kepada umat Islam di negarai ini."
"Tidak timbul
hudud PAS atau hudud Umno. Hukum Allah Hanya satu dan semua orang perlu
patuh, bagaimanapun nampaknya sekarang ini ia cuba diputar belit dan
dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk dijadikan modal politik," katanya
lagi.
Cadangan untuk melaksana hukum
hudud itu pada awalnya ditimbulkan akhir bulan lalu oleh ADUN Kemelah
(Johor) Datuk Ayub Rahmat yang mahu negeri itu melaksanakan hudud ke
atas orang Islam dan juga bukan Islam.
Cadangan tersebut dialu-alukan PAS, walau menerima tentangan keras MCA yang menyifatkan Ayub hilang akal kerana menimbulkan perkara itu.
Cadangan itu turut menerima sokongan secara peribadi oleh
timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim
yang berkata Malaysia masih kekurangan prasaran untuk melaksana
undang-undang Islam itu.
gua salute sama wanita UMnooo Kepala Batas... yg lain2 mcmana??? semua nk jaga tembolok saja...penakutttttttttttt
BalasPadam