PULAU PINANG: Tiga 'pelakun' yang membuat cerita fitnah
ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak
orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon
maaf.
Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu
Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakun utama isu
sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun (gambar) akhirnya tampil memohon maaf.
Ia
dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak
puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.
Akibat
fitnah 'pelakun' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesyen TV
swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar
dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.
Ustaz Abu Bakar
ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen
Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut
setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut
memaafkan perlakuan mereka selama ini.
"Saya harap isu fitnah
kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan
dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat
mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN).
"Ketiga-tiga
pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon
maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
jahat berkenaan, " tambahnya.
Ujar
beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan
yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf
dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus
sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji.
Menurut Ustaz Bakar (gambar)
lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan
sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan
pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas
beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal,
Kampung Pelet, Penanti.
Katanya, mereka mengakui kesalahan itu
disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV
swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan.
Pada
kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi
dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau
mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim.
Tetapi
kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan
menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut.
Akibatnya
pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah
sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda,
Penaga, Kepada Batas.
Beliau selain bertindak pemberi motivasi
kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi
kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz
Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan
penerangan.
Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh
dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan
sebagainya di sekitar utara semenanjung.
Sementara itu, Ustaz
Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun
dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu.
tAKZIAH PADA uSATAZ YG DIFITNAH DAN ADA HIKMAH UTK KAMI DI sELANGOR BOLEH PANGGIL uSTAZ DI MASJID DI SINI PULA.JAZAKALLAH
BalasPadamUstaz... meh wat kuliah kat masjid damansara damai..kita org sedia nak mendengar..
BalasPadamni kawan ana...moga Allah sentiasa melindungimu ya ustaz.Jemput la ustaz ni bg khutbah Jumaat alamat yg tidoq pun terjegei biji mata.
BalasPadamape ini umno..perkara kecik mcm ni jd takut...walaubagaimana pun tahniah ustaz..rezki ade dimana2...bila pakatan memerintah pusat nanti...kita pindah randah kan diorang plak....ape mcm...contoh yg buat tarian punggung seperti tokey sekincan ikan bakar..kita hantar betul2 meniaga dekat dngn laut...atu hulu kampung..biar dia meniaga tempat x da org...
BalasPadamMacam tu sekali busuknya hati...x pe mmg sunnah pejuangan..di buang negeri atau daerah adalah istilah bercuti kpd pejuang...admin promote sekali www.kakisembang.com...budak baru nk join dalam misi dakwah
BalasPadam