Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan
berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti
pembangkang dan anak lelakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata
sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk
ujian paterniti.
"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan
kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya
kepada pemberita, di sini Rabu.
Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang
pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14
tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.
Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas namun dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun
melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor.
Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.
Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah
bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang
untuk kerusi dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.
Lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31'tahun, katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan