Khamis, 2 Ogos 2012

Panass..Ini Sebabnya Rafizi Di Tahan...

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli percaya, penangkapannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berunsur politik bertujuan mengalih pandangan umum dari skandal projek LRT Ampang melibatkan syarikat Konsortium George Kent Berhad.

Menurut Rafizi, tangkapan tergesa-gesa itu jelas membuktikan hubungkaitnya dengan berita kejayaan George Kent mendapatkan kontrak LRT Ampang semalam.

“Najib sanggup korbankan (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil) demi menutup kes rasuahnya dengan George Kent. Sebab itu tergesa-gesa tangkap saya supaya semua orang akan lupa pada skandal LRT dan marah pada Shahrizat,” jelasnya.

Beliau turut mengulas tindakan biadap polis menangkapnya dan Johari Mohamad awal pagi tadi.
“Tidak perlu untuk polis datang menyerbu rumah saya, malah menjerit akan pecahkan pintu sehingga satu bangunan boleh dengar awal-awal pagi lagi,” katanya.

“Selama ini pun, kita bagi kerjasama baik bila dipanggil pihak bank. Polis hanya perlu bagi notis, kami pasti serah diri dan saya hormat hak mereka menjalankan tugas sebab kita ada adab,” sindir Rafizi.
Johari yang merupakan bekas kerani Public Bank dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar turut ditahan di parkir kereta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi tadi oleh dua kereta polis.

Rafizi dan Johari dibebaskan pada jam 3.00 petang tadi setelah wang jaminan sebanyak RM15,000 setiap seorang diserahkan kepada pihak mahkamah.
Seawal jam 6.50 pagi tadi, kediaman Rafizi diserbu lima anggota polis dan lima pegawai Bank Negara sebelum beliau dibawa ke Balai Polis Hulu Klang.

Syarikat Prasarana Negara Bhd telah menganugerahkan kontrak sambungan LRT Ampang kepada George Kent semalam.
George Kent akan bekerjasama dengan Lion Pacific Sdn Bhd yang memegang lesen Pusat Khidmat Kontraktor dan CIDB dalam kerja-kerja pembinaan landasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan