Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan
dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional
ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.
"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan
dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran
negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan
Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari
ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan
Ummah Fakta atau Auta?".
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara
ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa
Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.
"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi
yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada
generasi akan datang," tegasnya yang telah menyertai Umno lebih tiga
tahun lalu.
Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu
memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum
ini.
"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa
besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.
"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya
berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat,"
tegasnya.
Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.
"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan