Timbalan presiden PKR Azmin Ali hari ini menegaskan bahawa penggunaan
jet peribadi oleh pemimpin PKR, termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar
Ibrahim hujung minggu lalu tidak melibatkan apa-apa bayaran.
Bercakap
kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini, beliau berkata, naib
presidennya Tian Chua sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum
membuat kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan Anwar berhubung isu
tersebut.
Katanya, Tian sepatutnya mendengar penjelasan Anwar bahawa jet tersebut dipinjamkan oleh seorang rakan ketua pembangkang itu.
Tambahnya,
butiran mengenai pemilikan jet tersebut boleh didapati dengan Jabatan
Penerbangan Awam untuk semakan awam dan PKR tidak perlu mendedahkannya.
"Kenapa
anda tidak tanya mengapa (isteri perdana menteri, Datin Seri) Rosmah
(Mansor) membuat perjalanan menggunakan pembiayaan kerajaan atau siapa
yang membayar untuk penerbangan helikopter mingguan (Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin dari Kuala Lumpur ke Johor?," soalnya.
Bagaimanapun, Chua ketika diminta memberi penjelasan mempertahankan bahawa kenyataannya tidak bercanggah dengan kenyataan Anwar.
"Faktanya adalah jet tersebut disewa, tetapi kita tidak bayar sesen pun untuk (sewa)," katanya.
Katanya lagi, sekiranya PKR ingin menyembunyikan apa-apa, mereka tidak akan memuatkan gambar jet tersebut untuk tatapan umum.
Jet itu disewa tapi tak payah bayar apa-apa pun...
BalasPadamAmboi !!! macamana pulak tuh ??
RM96,000 untuk dua hari...siapa nak bagi percuma ??
tokeh jet ada masuk projek besar kat Selangor ke ??
bunyi macam rasuah jer...