Rombongan PKR ke Johor yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Anwar
Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai, Johor Bharu petang semalam yang
boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas jelajah "Merdeka Rakyat" yang
digunakan untuk kempen parti itu.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa
majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku
sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang
merupakan kawasan letak kereta di sebelah pusat membeli-belah Sutera
Mall."Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat
apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.
"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam
rombongan kami."Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita
berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan
jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.
Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa
ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah
kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah
yang bertentangan."Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil
mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan