Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang
dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, kata
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Justeru, katanya Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang.
Menurutnya, Umno cuba mencari pelampung agama dan berlagak juara pembela agama nombor wahid.
Pada hal, katanya sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.
“Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri.
“Tiba-tiba Tun Mahathir ajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan
bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan
Rakyat ada penentang hudud,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, Mahathir lupa bahawa sahabat Umno, MCA merupakan penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.
Beliau berkata, kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam.
Katanya lagi, pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum Islam supaya jangan menyokong PAS.
“Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55
tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah MCA yang sanggup
mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum
hudud di Dewan Undangan Negeri Johor,” ujarnya.
Sebab itu, kata Idris kalau pemimpin MCA bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam.
Jelasnya, hampir 40 tahun PAS berdakwah dan menerangkan mengenai
Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab
terhadap Islam.
“Jika dulu kita dengar mereka mengatakan jika laksanakan hukum Islam akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara.
“Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung,” katanya.
Sekarang, ujar Idris sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada tuduhan hudud PAS.
Perangai iblis dan syaitan memang begitu. pada penyamun dia akan bisikkan menyamun satu pekerjaan baik dan halal, pada pengamal rasuah dia akan katakan itu politik wang tak berdosa.Bila dah tersepit iblis dan syaitan mulalah buat muka alim.
BalasPadamMusuh islam dap pun dah baik sekarang dek kerana dakwah pas. Mereka lebih faham hukum hudud, kalau dulu karpal kata langkah mayatnya dulu, kini beliau kata langkah jenazahnya dulu... Dan pemimpin pas juga ada kata langkah mayatnya kalau nak menentang karpal.... Syabas pas.
BalasPadamMusuh Islam Pas dah baik ?? kahkahkahkahkahak ,..tuuuih !!
PadamDAP dah faham hukum hudud ?? kahkahkahkahkahak,..tuuuuuiihh !!!
kau ni bodoh ker bangang !!!
dap tak faham hudud kerana umno yang menakutkan orang bukan islam dengan memburukan hudud. Tapi lebeh teruk umno yang mengaku islam dan tahu hukum hudud datang dari Allah pun tolak hudud.Fikir-fikirkan lah siapa lebehteruk dan biadap
BalasPadamumno hina islam, umno kutuk islam, umno pelekeh islam, umno sekat sekolah agama, umno hapus tulisan jawi, umno hina rasul, umno pelekeh sunah rasul.umno tolak hudud. apa kata lim kit siaaall!!!, tolong jawab
BalasPadamberapa lama lagi pas nak spin cerita ini..dah jelas surat tun tu bukan nak halang hudud Islam tetapi hudud yang didraf kerajaan pas kelantan yg bertentangan dengan Hudud yg asal..malah hudud pas kelantan berbeza dgn hudu pas terengganu pada masa tu..x cukup2 lagi ker dosa korang kat tun
BalasPadam