Dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah
orang terkaya di Malaysia nampaknya tidak mengejutkan rakyat Sarawak.
Bagaimanapun,
apa yang mengejut ramai daripada mereka ialah Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah (SPRM), polis dan pihak berkuasa lain didakwa tidak bertindak
terhadapnya walaupun beberapa laporan dakwaan rasuah, salahguna kuasa
dan kronisme telah dibuat terhadapnya.
Ahli
politik dan rakyat biasa yang diwawancara di Kuching sejak dua hari
lalu berkata ramai sudah tahu bahawa Taib seorang yang kaya.
"Tetapi
kami tidak tahu kekayaan sebenarnya kecuali SPRM, polis dan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalankan siasatan," kata mereka.
Ramai
rakyat Sarawak tahu siapa yang memilik syarikat gergasi Cahya Mata
Sarawak (CMS) dan anak syarikatnya diberi banyak projek besar dan
menguasai bekalan simen untuk projek pembinaan, jalan dan pembaikan
jalan serta pembinaan empangan.
Laporan menggemparkan yang
dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF)
menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).
Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia.
Usaha
mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat
ini belum berjaya. Tiada pemimpin BN juga mahu memberikan komen
berhubung dakwaan itu setakat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan