Sabtu, 22 September 2012

Samseng Umno Ugut Guru Pasti..

Satu laporan polis telah dilakukan oleh seorang guru PASTI di kawasan Taman Aman, Senai, atas tindakan biadab dan samseng seorang ahli UMNO yang membuat kacau dan juga mengganggu premis persendirian. Kesannya, banner yang dipasang dalam kawasan PASTI tersebut telah dikoyakkan dan paip yang terdapat di situ telah dipatahkan dengan sengaja atas sebab tidak puas hati, berdasarkan laporan bahawa banner tersebut baru sahaja dinaikkan pada hari Sabtu lepas.

Menurut mangsa, yakni guru PASTI tersebut, "Saya diminta untuk menghubungi pengerusi PASTI ini, saya terus meluru masuk semula untuk membuat panggilan. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jerkahan yang sangat kuat, memanggil nama saya dari luar kawasan PASTI sambil menggoncang pintu pagar. Saya terus keluar. Yang saya takut dan tidak tenteram, beliau mengugut saya supaya berhati-hati selepas ini dan dia menyatakan saya masih bujang dan tinggal di dalam PASTI tersebut seorang diri."

Samseng tersebut telah dikenalpasti identitinya secara jelas, dan beliau bukan calang-calang orang di kawasan tersebut. Beliau adalah Nor Azman bin Hasbullah yang merupakan bekas Pemuda UMNO Kulai, SUK UMNO bahagian Taman Aman dan juga merupakan ahli Majlis Perbandaran Kulaijaya. Wajarkah seorang yang bergelar pemimpin dan juga berjawatan penting dalam majlis perbandaran tergamak melakukan perbuatan yang boleh mengancam keselamatan penduduk awam dan juga ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar di situ?

"Isu ini bukan sesuatu yang baru walaupun ini kali pertama PASTI Al-Hikmah diprovok dan dikecam sedemikian rupa setelah 16 tahun beroperasi. Percayalah UMNO bertindak begini disebabkan terdesak dan ketandusan idea sehingga sanggup menggadaikan maruah sebagai seorang yang terpimpin. Saya tegaskan tindakan samseng ini telah mencalari keselamatan umum dan masyarakat setempat. Berlaku pencerobohan premis, ugutan terhadap cikgu dan juga merosakkan harta benda di kawasan ini. Jika mereka tidak puas hati, kita ada saluran yang sebaiknya, berjumpa atau berbincang, bukannya terus membuat tindakan diluar batasan," kata Saudara Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat dan juga pengerusi ANAK, yang turut hadir ke tempat kejadian.


Tambahnya lagi, pihak PAS Kulai menggesa pihak samseng yang telah dikenal pasti melakukan perbuatan tersebut untuk bertemu dengan YDP PAS Kulai, Encik Mohd Hisham bin Mohd Zain segera. "Saya minta pada saudara Nor Azman Bin Hasbullah untuk bertemu dengan saya dan membuat kenyataan maaf atas tindakan beliau. Kami beri tempoh dalam seminggu ini. Jika tidak, kami akan heret dia ke muka pengadilan dan akan dikenakan tindakan undang-undang."

2 ulasan:

  1. inilah dia contoh setan yg dikenali seperti yg dinyatakan oleh che Det mantan PM M'sia....

    BalasPadam
  2. itulah kerja puak tu dari dulu sampa lani duk macam tu la kisahnya sergah sana sini situ.dah kenal pun puak ni. mohonlah perlindungan dari Allah.

    BalasPadam