Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman
kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman
Rakyat 1Malaysia (ST1M).
Beliau juga meminta rakyat supaya
memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA
yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).
"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.
"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.
Bagi
Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender
AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model
perniagaannya.
"Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?
"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.
Beliau
menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus
berdasarkan konsep 'lu tolong gua, gua tolong lu' BN itu sebagai perkara
baru .
"Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu
pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung
dunia," katanya.
Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam
kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata
semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.
"Tahniah Umno," sindir beliau.
Memandangkan
AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz
mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.
Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.
"Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada," katanya.
Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.
Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.
Menurut
portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut
sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan
kamera AES di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan