Khamis, 11 Oktober 2012

Ke mana Perlu Senapang DiHalakan...?

PAS menasihati seluruh ahlinya agar 'tidak sesekali menyusahkan' perjuangan parti sekalipun tidak mahu membantu perjuangan ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam madahnya berbentuk nasihat pagi ini.

Madahnya berbunyi "Orang tua tua berpesan, kalau tanganmu tidak sampai untuk membantu mengusung sebuah rumah, jangan pula engkau bergayut di alang rumah"

“Maknanya kalau kamu tidak mampu atau tidak mahu menolong sewaktu orang ramai mengusung sebuah rumah. Ianya tidaklah sangat menjadi masalah.

"Tetapi janganlah pula engkau bergayut di alang rumah tersebut, janganlah engkau menyusahkan orang yang penat mengusung rumah itu,” kata beliau.

Tuan Ibrahim berkata nasihat itu adalah sesuatu yang amat indah untuk direnungi.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mengingatkan agar para pimpinan dan ahli PAS agar jangan menyusahkan perjuangan ini tatkala seluruh jemaah sedang bertungkus-lumus untuk memenangkan perjuangan Islam.

“Di waktu para sahabat, pimpinan dan ahli bertungkus lumus untuk memenangkan perjuangan Islam, jangan pula ada di kalangan kita yang menyusahkan perjuangan ini,” tegas beliau.

Semalam, beliau turut menasihatkan semua ahli dan pemimpin PAS supaya menghalakan senapang dan peluru kepada musuh bukan kepada kawan, walaupun tiada peluru di dalamnya."

2 ulasan:

  1. sgt dalam sindiranmu, nasihatmu dan kiasannmu Ustaz. Mohon orang berkenaan fikir-fikirkanlah...

    BalasPadam

  2. Perjuangan dimasa ini amat sukar atau makim sukar,dan kita sebagai ahli lebehkan memberi ruang dan sama-samalah kita berdoa kejayaan kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk mereka,mengatur strateji untuk mengembali kegemilangan dan mendapat mandat untuk berkuasa.

    Untuk berkuasa bukan semudah yang kita boleh hanya megunakan akal kita sendiri,saya memahami betapa sukarnya nya bagi pemimpin-pemimpin PAS yang terdiri dari ulama-ulama yang berkaliber untuk mendapat kuasa memerintah dengan agama kita anuti ini untuk mendapat sokongan dari penyokong dan pengundi-pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka bahawa kita tidak akan menganggu gugat kepercayaan mereka dan agama mereka, dengan kita sendiri menjadi agama kita sebagai perisai aqidah yang lebeh kuat,untuk menaikkkan mertabat agama kita sebagai 'adiin dimuka bumi ini,Insyaallah.
    Untuk mendapat kuasa untuk kita memerentah seperti menarik rambut didalam tepung,walau kita tahu dikalangan orang-orang Islam Malaysia sendiri ada yang memandang serong terhadap perjuangan PAS,mengangap perjuangan PAS sudah ketinggalan atau tidal boleh diharapkan,itu adalah pemikiran dari Syaitan-syaitan yang ingin melemahkan perjuangan PAS yang maha suci Allah saja yang maha mengetahui nawaitu, kejuran dan keikhlasan pemimpin-pemimpin PAS dengan segala Tawakal mereka kepada Allah saya berdoa semoga Allah memberi hidayah yang berpanjangan untuk tuan-tuan guru kita didalam jamaah pas,mendapat ilham dan pentunjuk dari Allah Subhanawata'ala kearah mendapat mandat penuh memerintah Malaysia.Insya'allah.Amiiin,ya,Rabbil'alamin.

    BalasPadam