Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ingatan Datuk
Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak memberi peluang kepada pakatan
pembangkang untuk memerintah negara, bukan bertujuan menakut-nakutkan
mereka.
Beliau berkata pelbagai kepincangan pentadbiran di negeri di bawah
pembangkang menjadi bukti mereka tidak berupaya membentuk kerajaan yang
mantap untuk meneruskan agenda pembangunan negara.
"Peringatan Perdana Menteri tentang perkara ini bukan untuk
menakut-nakutkan. Kita tak boleh perjudikan masa depan negara hanya
kerana kita nak mencuba.
"Ini bukan masa depan kita sahaja tetapi juga melibatkan masa depan
anak-anak kita," katanya mengulas ucapan dasar Presiden Umno sempena
Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini Khamis.
Beliau berkata pentadbiran negara juga boleh menjadi porak peranda
jika pembangkang memerintah, berdasarkan pertembungan ideologi yang
dilihat dinegeri-negeri ditadbir pembangkang.
Pengamatan Muhyiddin dikongsi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal yang melabelkan pembangkang sebagai tidak kompeten dalam
aspek pentadbiran.
Hakikatnya pembangkang tidak membawa apa-apa kemajuan apabila diberi
ruang untuk mentadbir negeri, tegasnya, sambil meminta rakyat supaya
tidak menjadikan masa depan mereka dan anak cucu serta negara sebagai
bahan uji kaji.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu idea menukar
kerajaan jika inginkan pembaharuan 'dibasuh sebersih-bersihnya'
daripada minda golongan muda.
Bagi Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M.Kayveas, rakyat
diminta supaya tidak terpengaruh dengan budaya politik menipu pakatan
pembangkang.
"Mereka buat janji tapi tidak ditunaikan...gabungan PAS, DAP dan PartiKeadilan Rakyat hanya untuk nafsu kuasa saja," katanya.
Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata
ketidaksepakatan dan percanggahan pendapat yang sering berlaku dalam
kalangan pembangkang menjadi isyarat jelas mereka tidak mampu memerintah
negara.
JuRaGan : Sebenarnya bukan Najib nak menakut-nakutkan rakyat..tetapi 5 orang ini takut masuk Penjaraaaa...
Bag besar sudah sedia di isi bah. Tunggu keputusan PRU 13 jer.
BalasPadamTg Nika Aziz kata,selama ini kita berusaha nak lemaskan Umno,Takkan apabila mereka dah dalam kelemasan,kita nak selamatkan pulak,silap-silap dia tarik kita,lalu dipijak belakang kita utk selamatkan diri.Maka kita kembali lemassss..
BalasPadam...ini bukan lagi masa untuk cuba ubah dan ujikaji..ini adalah masa yg tepat dan wajib ubah.....kalau pada 2008 kita dah dapat Kedah dan Selangor...rakyat dah nampak pemerintahan dibawah Pakatan lebih telus dan makmur tiada kacaubilau sperti kenyataan pemimpin UMNU yg terlalu terdesak untuk menipu rakyat..KETAHUILAH WAHAI PARTI UMNUU PERSIDANGAN KALI INI ADALAH YG TERAKHIR ABAD INI UNTUK KAMU ABADIKAN..yg paling menarik untuk kenangan ahli UMNUU ada sebuah gerai jualan menjual cenderamata berupa coklat yg comel berlogo UMNO (bila saya tanya sebelum ini pernah dibuat cenderamata sperti ini...kata penjual tidak pernah...jadi inl adalah petanda yg terbaeekk buat Pakatan...kpd ahli UMNUU karat berebut2 mereka membeli agaknya sebagai tanda kenangan buat mereaka...
BalasPadam