Pasukan Unit Amal diberi penghormatan menyertai Istiadat Pemeriksaan
Barisan Kehormatan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan
Muhammad V di Padang Merdeka, kelmarin.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman
berkata, pertama kali dalam sejarah pasukan Unit Amal dijemput menyertai
acara rasmi peringkat negeri.
"Ini merupakan satu pengiktifaran yang belum pernah berlaku sejak kewujudan Unit Amal kira-kira 25 tahun lalu.
"Saya yang turut sama berada di pentas utama terasa begitu teruja
melihat kecekapan anggota-anggota Unit Amal, yang mana sebelum ini hanya
kelihatan pada program-program parti.
"Mereka juga berkemampuan menyertai acara besar seperti itu dengan
segak berbaris seperti pasukan berpakaian seragam lain," katanya di
sini.
Takbirrr!Aku bangga kerana menjadi salah seorang ahli unit amal!
BalasPadamTahniah Unit Amal Malaysia
BalasPadamtahniah & terima kasih unit amal...
BalasPadam