Pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung
pendedahannya mengaitkan keluarga Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
dengan jutawan balak, Michael Chia menimbulkan banyak persoalan.
“Kenyataan Nazri mengesahkan bahawa hubungan Michael Chia dengan
beliau dan anak beliau tidak semudah 'sekadar meminjam sebuah kereta
Hummer bernilai setengah juta.' Sama seperti kes derma RM40 juta kepada
Umno Sabah, takkan derma sebanyak itu diberi tanpa mengharapkan pulangan
apa-apa?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim juga bertanya selain menderma RM40 juta kepada Umno
Sabah dan meminjam kereta mewah untuk kegunaan anak Nazri, apakah ada
lagi ahli politik atau orang institusi awam seperti di Jabatan Peguam
Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima
habuan berbentuk derma atau pinjaman daripada Chia?
“Adakah Chia kini dilayan seperti seorang VVVIP di dalam Umno
sebagaimana seorang pelanggan bank yang membuka akaun mewah di mana-mana
bank?
Adakah Chia mendapat manfaat berbentuk 'kekebalan' dan 'perlindungan
khas' daripada kerajaan Umno BN atas segala kegiatannya kerana sikap
'dermawan' beliau?” tanya beliau lagi.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata SPRM perlu bertindak untuk membuka
kembali fail Chia dan memberikan satu jawapan yang jelas kepada rakyat
Malaysia apakah asas-asas untuk tidak meneruskan siasatan terhadap derma
sebesar RM40 juta tersebut.
Chia sebelum ini dilaporkan tertangkap dengan wang tunai bernilai RM40 juta di Lapangan Terbang Hong Kong.
Namun, Nazri ketika memberikan penjelasan di Parlimen
berkata, wang itu adalah milik Umno Sabah, sekaligus membersihkan Chia
daripada tuduhan rasuah.
"Kalau betul Michael Chia tidak bersalah, beliau perlu kemukakan
dokumen bukti terutamanya surat pengesahan dari Suruhanjaya Bebas
Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).
"Kita inginkan bukti dan bukannya hanya sekadar penjelasan di
Parlimen, kalau betul dan berani sila kemukakan, saya nak tengok,"
sambung Rafizi lagi.
Semalam Rafizi mendakwa kenyataan Nazri itu dilihat mempunyai konflik kepentingan.
Katanya, ini kerana anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.
Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga
lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan
oleh Nedim.
Sehubungan itu beliau juga akan membuat satu
laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin
depan terhadap Nazri dan juga menuntut siasatan semula terhadap Chia.
Mampousss engko Nazri.engko ingat negara ni engko punya bapak punya??Tahniah Rafizi kasi telungkup Menteri samseng haranjadah ini,Peristiwa Shahrizat akan berulang...bravooo Rafizi,tegakkan kebenaran!!!
BalasPadamsori la bro, apa sekali pun pendedahan yg dibuat, jawapannya tetap satu, tak ada kes, kes ditutup!
BalasPadamBetul kes tutup,itu dulu bro..sekarang kalau kes tutup,lu punya nama pun rakyat akan tutup dalam kancah politik Malaysia.
BalasPadamx hbs2 nak merompak....mcm Tun Madey kata...perjuang belum selesai..belum selesai menjarah harta rakyat..
BalasPadamMENTERI DARI UMNO-APCO PALING SAMSENG & KURANG AJAR,CELUPAR & ANGKUH,BIAR TERDEDAH KEBENARAN BAGI SANG KELENTONG & PENYELEWENG TEGAR PECACAI PARTI SEKUTU APCO INI ! WALAU MEREKA AKAN KATA TIADA KES TAPI BIAR SEMUA BUSUK DIDEDAH SEANTERO DUNIA ,BIAR SATU DUNIA TAHU MENTERI DARI UMNO-APCO-BN MESIA TAHAP CIBAI & PENYANGAK INI PUNYA SAUK,KELENTONG & SELEWENG HABIS ! ABU !
BalasPadamDia orang ingat ini Mafia punya negara?Lu ada kuasa lu boleh buat apa saja?Firaun pun ruyup beb..Islam menang Umno hilang..kah3
BalasPadam